Wednesday, June 12, 2013

To be a perfect muslimah

Posted by Unknown at 3:24 PM
Hidup kalau tak bermanfaat tak ada guna. Sebab dunia ni hanya pinjaman, tempat persinggahan sebelum menuju akhirat yang kekal abadi. Jangan tertipu oleh keindahan dan kekayaan dunia fana. Checklist to do to be a perfect muslimah.

Solat dhuha setiap pagi, lepas tu baca surah Alwaqiah ( supaya murah rezeki)
Solat tahajud sebelum subuh, kalau tak sempat mandi takyah mandi lagi (supaya hati tenang)
Baca yasin atau ar rahman selepas solat subuh supaya hari berjalan lancar atau dibuka pintu hati, tak baik tidur lepas subuh nanti rezeki tak masuk
Puasa sunat isnin khamis supaya badan sentiasa sihat dan cergas
Baca surah Almulk selepas solat maghrib supaya dilindungi dari azab kubur
Sentiasa awalkan waktu solat dan berpakaian menutup aurat (handsock dan stokin jangan lupa!)

Untuk peringatan, setiap kali baca alquran, mulakan dengan Alfatihah untuk dihadiahkan buat Nabi Muhammad saw dan para sahabat serta sedekahkan bacaan kita buat tok nenek moyang jiran kawan sedara yang sudah pergi. Mudah mudahan mereka di alam sana mendoakan kita kembali. Kepada Rasulullah saw, jangan disedekahkan ya, tapi dihadiahkan surah Alfatihah itu. Sebab insan mulia Kekasih Allah tak layak terima sedekah dari kita. 
Hmm post post jugak, jangan awak pulak yang tak buat Diana. Ekekeke. Sama samalah kita saling mengingatkan ya :) jom jadi muslimah.

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea