Monday, June 10, 2013

Alquran pengubat jiwa

Posted by Unknown at 7:59 AM
Di saat kita terasa lemah dan hati kita hancur remuk, penenang yang paling baik ialah dengan membaca Alquran. Baca sahaja dengan suara rintihan kita, biarkan saja air mata menitis membasahi helaian Kalam Allah itu kerana hati kita akan terubat tanpa disedari. Kerana saat itu Allah sedang memujuk kita, menemani kesepian hambaNya kerana Allah itu maha Mengetahui dan sentiasa dekat dengan kita. Yakinlah :) ketika kita sedih, capai Alquran, buka helaian itu mengikut gerak hati kita, baca terjemahannya. In shaa Allah, jika diizinkan Allah, helaian yang dibuka itu merupakan satu petunjuk ataupun barisan kata kata semangat buat diri kita. Saya pernah mengalaminya. Anda? :)

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea