Sunday, May 19, 2013

MRSM Terendak

Posted by Unknown at 1:44 AM 0 comments
Alhamdulillah. Allah Maha Kuasa. Benarlah kata pujangga, pengalaman mendewasakan kita. Allah hantar saya ke Terendak setelah setahun di MRSM Kuala Klawang. Ramai kawan, banyak kenangan. Yang paling teruk duduk di Terendak adalah bila kita terpaksa berkongsi tempat tinggal dan terpaksa sedekahkan separuh makanan kepada Encik Monyet. Aduh, comel betul perangai. Asal perempuan je dorang kacau. Nakal gila monyet kat sana. Saya pernah menangis sebab monyet tu tunjuk taring atas kepala sayaaa. Percaya tak, taring dia adalah lebih kurang sejengkal dua. Huishh. Seramm :O

Ustaz Shahril dan pelajar Arab PMR 2010

Afifah, kawan baik :)

Siddqin, classmate.

Rumah Kenangan Cheng. Dhiyauddin. Hehe.

Group migty, drama fest.

Graduation, Akmal, Dhiyauudin, me :)

Akma Nisa', roommate.

Okay, kacau rumah monyet. maafkan kami nyet.

Another picture. Atas pokok.

ILOVETHISONE. 

Aishah, Afifah

Aishah, Basirah

Riadah. haha, obviously i didnt take part in the game. Saje je action pakai jersi.




PLKN Indera Pahlawan

Posted by Unknown at 12:44 AM 0 comments
I have uploaded this picture actually, tapi ada seorang makhluk Allah tu nak tengok pulak. Haishh :p Nah, Dhiyauddin. Saya wirawati negara tahu! ;) Tak banyak pun gambar because I had never enjoy the moment I being there. It was a great suffer to me.
















Berserah kepada Allah

Posted by Unknown at 12:27 AM 0 comments
Di saat kita menemui jalan buntu, sehinggakan kita merasa putus asa dan tiada harapan, berserahlah kepada Allah. Sesungguhnya kita tidak diuji melainkan kita mampu memikul bebanan tersebut. Ujian  itulah tanda seseorang beriman. Jangan risau, Allah sentiasa ada bersama hamba-Nya. Dia tak pernah tinggalkan kita. Cuma manusia sering lupakan Dia, sombong dalam beribadah, malu untuk memohon petolongan. Ingatkah pintu taubat itu sentiasa terbuka sehingga Hari Kemusnahan itu tiba. Muslimin dan muslimat, bersyukurlah, kita ada Allah.




Thursday, May 16, 2013

Muslimah, cover your aurat :)

Posted by Unknown at 2:51 AM 0 comments
Walaupun syurga tidak dijamin kepada mereka yang menjaga aurat, tapi neraka itu pasti buat mereka yang membukanya. Jangan jadikan pakaian menutup aurat sebagai uniform ke masjid atau kostum anda pada hari kematian. Ingat, malaikat raqib dan atid itu tidak pernah lela dari mencatat. In shaa Allah.





Wednesday, May 15, 2013

Innalillah

Posted by Unknown at 6:51 AM 0 comments
Innalillah.. Ungkapan itu bukan sekadar diucap saat ada kematian sahaja, orang yang sakit, ditimpa musibah dan orang yang dalam kesusahan juga perlu diucapkan ucapan tersebut. Dan hari ini, 15 Mei 2013, keluarga kami telah kehilangan Pak Ayob. Beliau merupakan seorang pelarian kaum Rohingya yang berhijrah ke Kelantan sejak berumur 12 tahun. Ayah saya upah dia untuk jaga rumah arwah nenek di Kelantan sebab rumah tu kosong dan pernah dimasuki pencuri. Jadi, Pak Ayob tinggal kat rumah tu sorang2. Arwah tak ada anak, tak ada isteri, hidupnya sebatang kara. Cuma dia ada seorang ayah angkat. Gaji yang ayah saya beri tiap2 bulan dia beri pada ayah angkatnya. Alhamdulillah. Arwah sangat mengenang jasa. Ayah angkat arwah bagi dia seekor lembu. Tiap2 petang arwah bagi makan lembu dia. Sampai satu petang, arwah tak datang tengok lembu dia. Bila dah 3 hari lembu tu tak dijenguk oleh arwah, orang kampung mula perasan yang Pak Ayob dah lama tak kelihatan. Selalunya, arwah mesti ke masjid solat berjemaah. Jiran telefon ayah saya di Kl. Ayah suruh orang kampung pergi tengok dalam rumah nenek yang Pak Ayob jaga. Pintu tu berkunci. Ayah suruh mereka pecahkan pintu sebab yang ada kunci hanya ayah dan Pak Ayob. Masha Allah. Rupa2 nya, Pak Ayob dah 3 hari diserang stroke. Dia jatuh dan terkulai sampai 3 hari 3 malam. Ayah saya sedih. Ayah dah terlambat untuk selamatkan Pak Ayob. Saluran darah dalam kepalanya pecah. Lepas seminggu dalam ICU di USM, Pak Ayob dijemput ilahi. Innalillah. Ayah tak sempat jumpa Pak Ayob. Saya nampak air mata ayah bergenang. Pak Ayob selalu cakap ngan kami, kalau mati, dia taknak sakit lama, biarlah terus mati. Alhamdulillah. Allah Maha mendengar. Allah kabulkan permintaan arwah. Semoga arwah Pak Ayob dicucuri rahmat. In shaa Allah.

Wahai Da'i

Posted by Unknown at 4:13 AM 0 comments
Wahai para da'i sekalian..
Tak salah untuk menegur, malah menjadi tuntutan dalam Islam. Kita sama-sama sayangkan Islam, agama Allah. Maka jangan cemarkan agama suci ini dengan hinaan, cacian dan makian. Islam penuh dengan kehalusan dan kesopanan. Menegur biarlah secara berhikmah. Ikutlah ajaran Nabi junjungan kita, Rasulullah saw. Untuk melembutkan hati yang keras, menggunakan kekerasan adalah tidak betul. Berhati-hati dalam tutur kata. Jangan sampai menyinggung hati orang yang sedang berhijrah ke arah kebaikan. Sama-sama lah kita berpesan ke arah kebaikan kerana sesungguhnya manusia itu pelupa.
 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea