Friday, December 30, 2011

2011 !!

Posted by Unknown at 8:33 PM 0 comments
Assalamualaikum.
Gambar terakhir form4.
Okay, hari ni hari terakhir 2011 merangkap hari jadi ayah saya yang ke 63:) Al-fatihah for him too okay. Say Alhamdulillah semua, sebab diberi peluang oleh Allah untuk hidup sampai sekarang. ALHAMDULILLAH.. For sure lakan, there will be concert segala bagai kat KL tonight. Wah, wah..berapa baldi dosa kumpul kat situ. Dengan terpekik terlolongnya, tak menahan betul! Esok lusa adalah baby-baby tak berdosa kat dalam tong sampah tu. Haihh.. Tak pe lah, nak mengata orang takut terkena kat diri sendiri pulak. Yelah, mana tahu kan. Jadi, malam ni.. saya menyeru awak semua untuk baca Yasin. Doa banyak-banyak kat Allah ya. Semoga kita sama- sama diberi perlindungan dunia dan akhirat. Actually, tahun baru Islam dah lama dah lepas kan, 1 Muharram. Huh, tahun depan saya dan rakan-rakan saya akan menghadapi tahun yang sukar. SPM, bro. Haha, tapi..tapi.. apalah sangat Sijil Pelajaran Malaysia nak dibandingkan dengan Sijil Padang Mahsyar kan? Hmm, bear in mind okayy. Nak jadikan next year the sweetest year ever lah! Tolong saya ya kawan-kawan. The truth is, korang sentiasa bahagiakan saya. Thanks a lot, dear:) Hmm, dah taktahu nak cakap apa.  Jumpa lagi nati. Taaaaaa, 2011~  

relationship(",)

Posted by Unknown at 2:31 AM 0 comments
Buy a SHIP, name it RELATION, now you have a RELATIONSHIP <3

Wah..wah.. semudah itu ke nak dapatkan relationship? haha, semudah itu jugak nak runtuhkan relationship kan. Hmm, sejak jadi penganggur bertauliah kat rumah ni saya asyik semakkan blog dengan entry cani je kan. Mana tak nya, dua bulan cuti ni saya asyik timba pengalaman cinta cap jalanan je:) Muahahaha ! Jangan kasi tahu orang lain tau, rahsia kita je. At least, saya buat lah jugak homework saya kan. Emm, sorry semalam sebab saya marah-marah tau ( credited to Hafidz). Takpe, hari ni dah neutral. Akhirnya, saya dah sucikan diri dari kisah-kisah cinta 'Romeo ngan Juliet' yang tak berapa jadi tu. Hehe. Jadiiiii, sekarang ni nak fokus kat tahun baru pulak. Nak jadi orang yang garang lah tahun depan, baru junior takut sikit. (Eleh, cakap je tu.. Padahal penakut tahap gaban.) Emm, tak kisah la apa-apa pun. Yang penting, tahun depan lebih baik daripada tahun ni. InsyaAllah. Bukan apa, dah tua bangka cani kalau hidup nak enjoy je parah jugak. Karang tiba-tiba meninggal, kesian.. Tak sempat nak taubat. Hmm, okaylah. Saya pun tak berapa sihat ni, dekat- dekat nak bukak sekolah ni la baru nak demam. Dugaan betul. Tapi, sebelum tu ada satu lagu untuk dia. Alah,dia bukannya baca pun blog-blog bagai ni. Baik saya dedicate kat awak je kan. Have fun ! Tata~

*p/s : satu lagu untuk awak, Purple:)  Warna pun purple ni:)

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time
Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?



Tuesday, December 27, 2011

Posted by Unknown at 8:56 PM 0 comments

Mood : Nak korek mata KAU macam dalam 'Final Destination'

Dah, taknak cakap apa-apa lagi. Gambar ni je dah cukup nak terangkan. Hafidz, mangsa bunuh yang ke-99 semalam:) haha, sorry hafidz panjang umur kau eh hidup lagi. Tata semua, assalamualaikum.

Monday, December 26, 2011

Astaghfirullah..

Posted by Unknown at 2:53 AM 0 comments
Astaghfirullah..        Astaghfirullah..        Astaghfirullah..

Berapa kali je dalam sehari kita basahkan lidah kita dengan mohon ampun kat Allah? Bandingkan pulak berapa jam kita habiskan dalam sehari untuk mengumpat dan ketawa terbahak-bahak.
Ketawa boleh menggelapkan hati.
Sebanyak mana dan semudah apa kita membaca dan mengamalkan Kalam Allah dalam hidup kita? Tidak sebanyak lagu-lagu yang sentiasa menari di bibir dan tidak semudah menghafal lagu I Love You Like A Love Song, lagu Last Friday Night atau mungkin lagu It Will Rain kan?

Jadikan Al Quran panduan dalam kehidupan kita:)

Betapa  jauhnya kita dari kasih Allah. Pernah tak kita menangis kerana takutkan azab Allah yang amat pedih? Atau air mata kita hanya mengalir saat kita ditinggalkan kekasih hati?
Menangis lah hanya kerana Allah:)

Ya, selemah itu iman kita semua. Di waktu susah, kita menadah tangan memohon " Ya Allah, Kau bantulah aku Ya Allah!" dalam rintihan suara yang sayu. Rendahnya hati kita menghadap Allah saat itu.

Allah Maha Mendenga doa hamba-hambanya:)

Tapi apabila kita dikurniakan  nikmat Allah, bibir cuma mampu menyebut "Damn, seronok gila ni! OMG". Itulah fenomena masyarakat Islam masa kini. Kita marah bila orang kafir kutuk Islam, memperlekehkan Islam dan mencemuh penganut Islam. Namun, sedarkah kita bahawa kita sendiri yang merosakkan nama baik Islam itu. Islam kita hanya pada nama bila bayi-bayi luar nikah bersepah di jalanan,

Bayi dibuang bagai sampah !

remaja yang bersosial tanpa batasan dan pakaian-pakaian seolah bertelanjang.
Style Terkini.. Yucks!

Di mana letaknya kesucian Islam itu jika ciri-ciri umat Islam dan orang kafir sudah tidak dapat dibezakan lagi. Untuk apa dibalut ketat aurat itu andai maruahmu tidak terjaga. Abad ini,alim ulama dipandang hairan, masjid musolla tinggal kesepian, amal ibadah tidak diamalkan. Lalu, tinggal apa lagi pada umat Islam? Sebelum bala Allah itu turun membinasakan bumi dan seluruh isinya, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun.

Ini yang terbaik. Insya Allah:)
Ya Allah, ampunkan kami dan seluruh dosa-dosa kami. Pandanglah, dengarlah dan terimalah munajat hamba yang hina diselaputi dosa ini, Ya Allah. Hanya kepada-Mu kami memohon keampunan. Aminn...

Sunday, December 25, 2011

True or Dare?

Posted by Unknown at 4:32 AM 0 comments
Assalamualaikum, kawan.
Pernah dengar tak game true or dare? Hmm, yang pernah main confirm best kan. Seronok game ni. Boleh kenakan orang, korek rahsia orang. HAHA! Game ni simple je, tapi kalau main ngan boys serious bahaya oh. Sebab dalam otak dorang ada seribu idea nak kenakan korang tau. But, deadly enjoy bila main suka suka. Emm, first kita ikut turn, the person yang kena tu has to choose sama ada true or dare. Kalau dia pilih true, then korang boleh soal dia apa-apa soalan pun. Kalau dia pilih dare pulak, korang boleh suruh dia buat apa je yang korang nak. Then, kalau nak betul2 feel, syaratnya kenalah main dengan jujur, amanah, sporting dan open-minded. Jujur bila orang tanya true, kita kena jawab betul2. No cheating eh;) Same goes tu dare yang kita kena buat, buat dengan amanah dan sporting.


Some ideas for dare would be okay kot.
-Forward kat saya 3 mesej yang awak SAYANG gila2 dalam inbox awak bersertas ender dia.
-Cuba lakonkan cara awak akan jumpa mak saya untuk pertama kali.
-Type nama penuh awak dan sent kat parents awak.
-Kejut saya pukul 5 pagi selama 3 hari berturut-turut.
-Pergi kat (someone) dan bagi dia satu surat bertulis I LOVE YOU <3


Okay, menarik tak? Chill la, kawan. Game je pun. Tapi..tapi..tapi... yang paling penting is mainlah ngan orang yang kita percaya dan kita sanggup share apa-apa untuk mengelakkan rahsia kita terbongkar satu dunia kan. We always play this true or dare in our leisure;) And, we've known each other better! So, have fun with this game:)



HB, ibu. Muahh:*

Posted by Unknown at 2:25 AM 0 comments
Assalamualaikum.
Radiant? Yess..the best word for you:)
Al fatihah untuk IBU tersayang Azmar bt Omar, will you? No, jangan fikir lain pulak..she stills around okay.  InsyaAllah ibu panjang umur. Cuma saya minta sedekahkan Al fatihah sempena hari jadi ibu yang ke 38. Semoga  dimurahkan rezeki ya  ibu and live a happy life. Emm, memang ibu saya muda kan? Dan specialnya, hari jadi ibu Hari Christmas. Ibu saya seorang yang sporting dan lucu. Yang paling penting, ibu ni memang a good cook dan perfectionist. Ya, almost semua women perfectionist kan. Bukan cerewet tau;) Jadi.. dalam entry ni, saya nak ucapkan terima kasih kat ibu sebab susah-susah je besarkan anak yang mengada cam saya ni kan. Nak buat cane, anak ibu jugak kan. Being a full-time mother is one of the highest salaried job in myfield, since the payment is pure love. Itu sebab ibu tak kerja. Haha, so sweet kan. Ibu anak perempuan sulung dalam family dan itu membuatkan ibu sangat matang dalam membuat keputusan. Yeah, she knows everything  and what best for us. Umpamanya, a mother is a person who seeing there are only four pieces of pie for five people, promptly announces she never did care for pie. Hmm, tu lah betapa luasnya kasih ibu, ibu anda oun sama jugak. Even dia marah kita atau dia manjakn kita, yelah cara setiap orang tak sama kan. Some mothers are kissing mothers and some are scolding mothers, but it is love just the same, and most mothers kiss and scold together. So, hargai ibu anda:) Kepada yang sudah tiada ibu, jangan risau kerana Nabi Muhammad saw juga kehilangan ibu seawal usia 6 tahun.. Doakan dia di pintu syurga. Amin.

Saturday, December 24, 2011

long-distance relationship

Posted by Unknown at 8:34 PM 0 comments
I'm so sad and depressed
Is all I want to do is rest
I go to sleep at night
But my dreams I just can't fight

I think of you lying in that bed
And wonder if there is anything I could have said
I wish you were still here
But I know that you are still near

I love you more than you know
I just wish you didn't have to go
I just want one more day with you
And I know thats what you would have wanted too

I miss you more and more each day
There is so much more we had to say
I know I will see you again
But my life is just started to begin.

p/s: copied from google

Thursday, December 22, 2011

maksud mimpi~

Posted by Unknown at 5:47 AM 0 comments
Assalamualaikum.
Malam tadi..saya mimpi ngeri. WHOAA, dah lama tak nightmare ni! Tu lah semalam tidur lupa nak baca doa, mana taknya asyik tidur bersama phone je;) *Dia pun tak wish sweet dream semalam.Yang paling tak tahan nya saya mimpi kena paksa kahwin. Haha, muda lagi kot nak kahwin. Dah lah kahwin ngan budak maktab lama saya tu.. Eeeee, G.E.L.I G.I.L.A tahu. Taknak saya!! Mintak jauh la. Saya menangis dalam mimpi tu, hoho.. Sedih gila budak ni. Then, pasangan saya dalam  mimpi tu bertukar. Bukan better tapi WORST ! Saya tengah bersanding dengan senior maktab saya tapi dia PEREMPUAN!! Hhaaaa, sejak bila pulak saya ada hubungan sejenis. Yuucckkksss, jijik gila! Dalam mimpi tu saya tampar2 pipi saya dan cakap "Ini mesti mimpi! Cepat bangun, cepat bangun!" Harap2 dapat bangun,tapi mimpi tu sambung lagi. Saya dengan budak2 TGB kena denda ngan Ustaz Sabri suruh lumba renang serentak dalam kore. Wahh, betul2 nigthmare dah saya malam tadi. Lepas dah bersusah payah berenang, siap lemas2 lagi baru lah saya tersedar dari mimpi. Basah bantal saya dengan air mata. Haha, saya terfikir apa maksud mimpi saya ya. Kadang2 mimpi tu mainan tidur, boleh jadi juga mimpi tu satu peringatan untuk kita lebih berhati-hati dan bersedia. Okayy, tu je yang saya nak kongsi. Harap malam ni mimpi manis.
Goodnite, sweet dream:)

Wednesday, December 21, 2011

Boleh Saya Bantu ?

Posted by Unknown at 2:15 AM 0 comments
Hmm, eh awak ! Ya, awak lah! Awak ni kenapa tak puas hati ngan saya eh? Saya pun peliklah ngan awak ni. Depan saya baik tapi belakang saya.... HAMPEH! Boleh saya bantu awak? Heyy, true friends tak tikam belakang tau. Awak kena tahu tu:) Kalau tak puas hati ngan saya, cakap depan2. Takkan ngan saya pun takut kot, saya ni dah lah lembik. Awak jentik pun saya boleh jatuh tau. Jadi, ada apa-apa yang tak suka ngan saya, staright forward okay. Maki depan2,jangan nak jadi pengecut sangat lah. Daripada awak perli2 saya kat tempat umum macam tu, lagi lah saya terasa nak tendang awak laju2 sampai jadi arwah. *Wahh, cakap beranilah Diana.  Ringkasnya,make it clear la kawan. Janganlah mentang2 saya ni nampak cengeng, awak nak pijak kepala saya pulak. Saya seorang yang TABAH tahu. Cewah. Haha,kalau lah awak tengah baca post ni kan.. Saya NUR DIANA BT MOHAMED NOOR nak minta maaf sangat ngan awak andai kata saya ni jahat sangat ngan awak, lukakan hati awak, buat awak meluat dan semuanya lah. Manusia tak perfect, you should know that and learn from that;) Okaylah, saya nak tulis berjela2 pun bukan dapat mengubah hati awak kan. Takpe lah awak, ya lah memang saya je yang TERUK ! Saya tahu. Terima kasih. Assalamualaikum..

Saturday, December 17, 2011

Maafkan saya:(

Posted by Unknown at 9:48 PM 0 comments
Assalamualaikum.
KAWAN-kawan :')
Mungkin cara saya berkawan ngan anda buat anda salah faham. Mungkin cara saya ambil berat buat anda tersentuh. Mungkin persamaan saya dengan anda buat kita serasi. Tapi, percayalah itu semua peranan saya sebagai rakan anda. Bukan anda seorang tapi semua rakan2 saya. Jadi, kenapa wujud istilah mainkan perasaan? Salahke kalau saya buat anda gembira selama ni? Saya tak pernah ada niat nak tunjuk 'hot' atau apa. Saya bukan siapa2, saya tak lawa, saya tak pandai, saya tak kaya. Sumpah, saya tak pernah rasa diri saya macam tu. Malah, saya rasa saya ni orang yang penuh dengan kekurangan. Ni jujur dari hati saya, anda tahukan.. ni blog saya, tulisan2 dari blog ni adalah suara hati saya. Jadi, saya sangat terkilan kalau ada orang yang dah salah anggap ngan saya. Saya bukan nak cari publisiti murahan. Saya adalah diri saya yang sebenar. Ya, saya faham kalau anda nak mengutuk saya atau apa sebab manusia kan tak sempurna. Saya redha:) Tapi saya cuma nak bagitahu anda yang saya tak pernah mainkan perasaan sesiapa! Jadi, dalam post ni saya nak minta maaf sangat2 kat siapa2 yang sakit hati ngan saya. Jangan label saya seperti dalam fikiran anda. Apa-apa pun thanks jadi KAWAN saya. Saya ingat sepanjang kita KAWAN, anda dah cukup memahami saya. Anda tahu kan berkawan lebih indah. Harap anda boleh maafkan saya dan betulkan persepsi anda. Saya seikhlasnya maafkan anda, tapi kesan yang tinggal mungkin dah cipta jarak antara kita. Maafkan saya.

Friday, December 16, 2011

ideal weight!!

Posted by Unknown at 11:42 PM 0 comments
Craving for spicy chicken mcdeluxe:) hehe. 


But, in process to lessen my weight. Hmm, which one to choose? Well, there's some tips to maintain an ideal weight. Hope it will work:) insyaAllah.


  • An apple before a meal especially lunch
  • Drink a glass of plain water whenever you feel hungry
  • Eat a little in many time is much better
  • Don't avoid from taking dinner
  • Prevent taking food after 8pm everyday



Hmm, doesn't matter how much effort you put on to get an ideal weight, it will not work if you're not motivational enough. So, work hard okay. Me too trying to put out 2kg of my body. Haha. Wish me luck:)

    Wednesday, December 14, 2011

    zaman ini-.-

    Posted by Unknown at 10:47 AM 0 comments
    Keluarga sakinah, ini usaha anda bukan warisan nenek moyang;)
    Nak salahkan takdir,berdosa pulak saya. Tapi saya agak kesal dilahirkan pada abad ini. Memang..memang Malaysia dah maju sampai semua budaya Barat jadi amalan kita. Memang teknologi berkembang sampai macam-macam fitnah berlaku. Memang minda dah terbuka sampai pergaulan tiada batasan. Ya, saya pun terleka dengan KEMAJUAN negara kita. Kerana itulah saya terkilan dilahirkan dalam abad ini. Tapi saya tetap bersyukur sebab saya masih ada kesedaran ni dalam diri:) Iman saya tak seteguh Bilal bin Rabah untuk menghadapi ujian Allah, jihad saya tak sebesar Saidina Hamzah r.a yang beraksi di medan perang. Saya insan biasa bahkan bukan orang yang berilmu dalam agama sekalipun. Saya hamba hina yang penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. Saya post ni bukan nak menyamar jadi ulama atau apa, saya cuma nak ajak awak semua berfikir sejenak betapa jauhnya kita sekarang ni. Saya malas nak berleter panjang lagi, to make it short dunia ni dah akhir zaman. Face the fact. Semoga kita semua tersedar dari mimpi indah dunia ni ya kawan2. 

    ladies:(

    Posted by Unknown at 2:56 AM 0 comments
    Haha, saya dapat ni daripada laman sosial paling popular.Ya,muka buku. Emm, tengok lah ladies serendah ni dia label kita. Ada ke kata kita ni problems. Hhaa,teruk sangat ke perempuan di mata mereka? Apa mak , nenek, kakak mereka buat sampai dorang buat conclusion cani. Emm,guys yang fikir kami cani baik fikir lagi sekali. Tak adil rasanya disebabkan seorang anda nak buat kesimpulan melibatkan seluruh kaum Hawa. Dont jump into conclusion lahh. Takkan setiap kesalahan nak tengok jantina baru boleh dipersalahkan. Apalah. Yalah, maybe orang yang tolong 'solve' kan kononnya equation ni tak tujukan kat saya, anda or sesiapa. And boleh jadi jugak sebagai bahan lawak yang agak sensitif.Tapi as a WOMAN, mestilah terasa jugak kan. Apa-apa pun,tak usah le nak bergaduh *suara kaum ibu:p Haha. Woman jugak yang melahirkan kamu right?


    p/s: For u men who think a woman's place in the kitchen , remember ... That's where the knives are kept >,<

    Sunday, December 11, 2011

    Nighty NIGHT:)

    Posted by Unknown at 8:33 AM 0 comments
    Alalala, cian beruang ni. Takpe, esok kita sambung ya honey:)
    Goodnight semua, mata dah takbuleh bukak dah ni. Kepala pun terasa berat dari pagi tadi sebab kena perah buat homework addmath:( Hari ni, semua berjalan macam biasa je. Tapi, good news is dia dah balik,haha. Okey laa, i need to get my beautiful sleep right now, awak pun sama. Jangan jadi burung hantu, nanti ter'miss' Encik Subuh pulak. So, selamat malam semua. Panjang umur, insyaAllah kita jumpa besok.

    p/s:doa dulu:) BismikAllah humma ahya wa amutu..

    Friday, December 9, 2011

    First Guy!

    Posted by Unknown at 2:47 AM 0 comments
    WARNING!
    Post ni have to be a little private. Since yang follow ni pun, my close friends I thought you guys boleh open-minded sikit and keep this shut, okey? Ni amanah tau,benda paling berat di dunia. Cewahh. Haha. I blog to express my feelings,so harap you don't mind even cerita ni might be some kinds of flirt!

    a puppy barks and it forgets who it barked at.
    Okey,saya nak cerita pasal sorang budak ni,emm ya First Guy. Kenapa first? Sebab dia memang FIRST. THE FIRST ONE dalam hidup saya. Saya tak ingat bila saya kenal dia, tapi dalam awal tahun 2011 ni la. I wonder cane lah saya boleh sangkut ngan budak sorang ni. Kami tak kenal pun. Firstly, saya add dia kat fb (cinta muka buku?) then dia tolong saya faxkan homework mathmode. Emm,seringkas itulah saya kenal dia dan semudah itulah saya suka kat dia walaupun time tu saya tahu dia ada couple. Pelik gila! All this time,saya tak pernah suka orang betul2, cuma untuk suka2 kat blok je. So, at first saya ingat dia pun sama. I mean saya suka dia then lama2 lupakan dia ganti ngan orang lain (cam biasa) tapi TAK! Dari dulu sampai sekarang yang saya tengah blogging ni lah saya still suka dia. But, I'd never confess*blush. Sekarang dia dah clash, HAHAHAHA *gelak jahat. Isy,takde lah sampai camtu. Saya suka dia dari jauh je. Dia comel :p Jangan jealous,awak pun comel jugak. Hmm,itu je kot yang saya boleh tulis kat sini untuk mengelakkan gosip2 liar spread like wild fires kan. Maaf kalau post ni bawah umur sikit ye, semua orang ada feelings. Tak salah kan? Apa ingat saya ni stonecold ke, belasah karang! *kidding. Conclusion is, dia memang first guy tapi mungkin bukan last guy eh. Yolah, cinta monyet.




     I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you.

    BABIES !

    Posted by Unknown at 1:20 AM 0 comments
    Saya SUUUKAAAA babies sangat2! Seriously. Kriteria yang perlu ada:

    • Gemokk dalam 200-300 paun. Haha,anak gergasi apa
    • Putih macam kapas, sawo matang dimaafkan la
    • Gebu, no scabbish okay
    • Rambut lurus, kalau curly tapi comel okay kot
    • Tak takut ngan orang (friendly)
    Itulah ciri2 babies yang saya suka,kalau dapat rasa nak gigit2 je sampai hancur. Haha,over! Emm, memanglah nampak mengada sikit. Sendiri tak comel nak baby yang comel. Tapi,takde lah exactly camtu. Itu memang nak dapat anak matsaleh ke jepun mana dah. One thing yang saya tak suka ialah new-born babies. Merah and looks like something else, bukan humans gitu. Isy,tak baik. Sorry,ni pandangan je. Saya pun camtu gak lahir dulu. So,have fun ngan post ni ya:)

    Thursday, December 8, 2011

    I MISS YOU, dear.

    Posted by Unknown at 11:34 PM 0 comments
    What do you think?
    Some things are left undone, some words are left unsaid, some feelings are left unexpressed, but someone as sweet as you could never be left unmissed.


    In my life I learned how to love, to smile, to be happy, to be strong, 
    to work hard, to be honest, to be faithful, to forgive. But I couldn't learn how to forget you...


    A simple BYE make us cry, A simple JOKE make us laugh, simple CARE make us fall in love. I hope my simple SMS make you think of me. I miss you.


    *some text missing
    Message: *some text missing* Sender: *Name missing* *Number missing* Sent: *Date missing* Missing you a lot that's why everything is *Missing


    A B
    C D
    E F
    G H
    I J
    K L
    M N
    O P
    Q R
    S T
    V W
    X Y Z

    Have i missed something?
    Yes, i missed "U"

    Last night I wanted to write you a letter but all I could write was - noh ss!W ! It doesn't make sense until you read it upside down!

    Nobody is right till somebody is wrong... Nobody is weak till somebody is strong... Nobody is lucky till love comes along... Nobody is lonely till somebody is gone. Missing U!

    kampung halaman .

    Posted by Unknown at 4:11 AM 0 comments
    Bagai sirih pulang ke gagang.. Ya lah, haha:) Anak Kelantan yang lahirnya di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kuala Lumpur ni pulanglah ke kampung halaman untuk kesekian kalinya. Belakang rumah saya ada sawah padi tau. Haha, seronok.


    Ini pulak restoran makan kat depan rumah,ayah punya. Tapi orang lain lah yang jaga. Senang kan hidup, kalau lapar datang je lepak kat sini;)


    Hmm, ni pulak rumah saya tapi tingkap je la. Rumah saya ni kat Kota Bharu tau, sesiapa yang lalu tu singgah je la eh. Jangan risau, rumah saya sentiasa terbuka untuk anda semua.


    Tu je kot post untuk kali ni,setelah seminggu di Kelantan. Bermakna seminggu saya tidur awal, seminggu tak menghadap laptop, seminggu tak on fb dan seminggu GONJENG ngan kawan2 sekampung. Rindu saya tak? Haha,rindu awak jugak :*

    Thursday, December 1, 2011

    POINTER !

    Posted by Unknown at 1:36 AM 0 comments
    Assalamualaikum.
    Ya,memang pointer dah jadi hot issue dalam kalangan budak2 TGB sekarang ni. Takpelah, saya buat lah post ni eh even pointer sayacam haram sikit,kita kan kena ikut perdaran zaman. Haha :) Semua orang nak tanya pointer berapa? Poniter berapa? Ni lah susah budak2 MRSM ni, macam dah diprogramkan untuk jadi taksub dengan A+. Chill la kawan, dunia je ni. A tu cuma angka yang terletak kat usaha kita. Okay, untuk semua yang bertanya  pointer saya ni dia. Pasni, jangan tanya saya lagi sebelum saya jadi GILA! Faham?

    .

    Menurun ni sebenarnya. Takpe, 'kita kena bersyukur, baru Allah tambahkan nikmat', DIA lah kata. Haha. Truely, aku sedih jugak laa. Anyway, lagi sedih bila aku sedih pasal pointer tapi tak sedih bila aku jauh dari Allah. Hmm,yelah aku nak cerita jugak pasal ni. Kita seimbangkan dunia dan akhirat ye kawan2. Kita ni sempat ke nak SPM? Yang sibuk mengejar staright A tu, mengucap sikit. Kejayaan ni milik Allah. Dunia ni kan semnetara je. Tak percaya baca ni.Ni sebuah artikel, mungkin ada yang dah baca. Tapi tak salah kan mengingatkan orang. Apa-apa pun kalau nak berubah jangan lah disebabkna takut kepada bala Allah, tapi dengan hati yang ikhlas. Semoga kita semua dirahmati Allah:) Terima kasih.

     1 Ramadhan pd thn 2012 jatuh pd 20 July, yaitu hari Jum'at, jd 3 Agst 2012 b'samaan dgn 15 Ramadan jg pd hari Jum'at. Sama dgn 1 hadist Nabi muhammad SAW ttg huru-hara besar yg akn tjadi pd tengah malam,pertengahan bln Ramadhan yaitu pd hari Jum'at 15 Ramadhan di bumi ini. ... ... ... ... Huru-hara yg akn mengejutkan semua orang yg sdg tidur... 1 suara yg sangat dahsyat akn kita dgr dr langit, bukan kiamat tetapi huru-hara tsb akn mlenyapkn umat manusia d'atas muka bumi ini s'bnyk 2/3, yg tinggal hny 1/3 saja. Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 1 planet yg dikenali planet X akan melintasi bumi. Adakah kita semua ni tergolong dlm 1/3 itu..? Adakah peristiwa itu akn tjadi pd 2012..? Hanya ALLAH SWT yg Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakan ibadah & b'doa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah SWT, jika mati biarlah kita mati dlm Islam & beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akn berlaku mengikut hadist Nabi muhammad SAW di bawah: Dari Nur'aim bin Hammad meriwayatkan dgn sahabatnya bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah..? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga2 kalian Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kpd allah SWT. *ini broadcast da'wah,dan aku sangat brtrimakasih pd org yg tlah mbuat broadcast ini.mengingatkan adlh sbuah kasih trindah* Subhanallah. Sebarkan kepada UMAT ISLAM MANUSIA ! ALLAHU AKBAR !

    Saturday, November 26, 2011

    Lelaki Mata Keranjang!

    Posted by Unknown at 6:43 AM 0 comments

    Girls, ini penting. Baca baik-baik. Guys, kalau nak baca pun boleh, tapi jangan marah yea :) Chill la kawan. Okey, taknak membebel. Straight to the point. Lelaki mata keranjang! Mata keranjang ni takrifan kepada lelaki yang suka tengok perempuan cantik. Bukan setakat suka tengok, dia akan berusaha untuk menegur, bercakap dan paling kurang pun dia akan pandang dengan pandangan yang melirik. Tak semua lelaki mata keranjang itu playboy, tapi playboy mesti bermata keranjang. Mata keranjang bukan penyakit, tetapi lebih kepada perangai. Faktor utama mata keranjang ialah sikap masyarakat terdekat dan gaya hidup. Orang yang bermata keranjang tak tahu dia ni mata keranjang dan dia akan nafikan kerana dia rasa perbuatan dia meng'usha' perempuan cantik tak salah kerana dia tidak mempunyai apa-apa maksud. Cuma untuk suka-suki. Ye lah, lelaki kan suka have fun je. Semua tahu jiwa permpuan ni lembut, even luar nampak cam keras gila. Jadi, lelaki mata keranjang guna kesempatan ni dengan pujuk rayu untuk semua girls yang dia interested with. Secara tak langsung, golongan ni memang lembut lidah dari gigi bila bercakap. Girls, siapa yang rasa pakwe dia mata keranjang, the best solution is to break with him. Memang sukar sikit, tapi di awal perhubungan itu yang terbaik. Apa yang paling penting dalam relationship ni ialah persefahaman dan penerimaan. Means, terima kekurangan dia. So, terpulang kepada diri sendiri. I just left mine;) Saya just share ni untuk pengetahuan am. Sambil2 working on homewrok bm ni, terjumpa pulak article ni. Conclusion, cinta hakiki ialah cintakan Allah. Renung-renungkan ye sayang.

    Tuesday, November 22, 2011

    motivational infusions~

    Posted by Unknown at 5:35 AM 0 comments

    now, the list !

    Posted by Unknown at 5:17 AM 1 comments

    Tiitt..Titt... Phone cikai ku menjerit, 'new message from HASK' *"apa lah dia ni nak, tak pernah2 dia mesej aku." monolog dalaman~

    This message has no fat, no cholestrol and no addictive,
    This is all natural except with a lots of sugar,
    But it can never be as sweet as the one reading it..
    Smile and Happy Birthday :-)

    • Wow ! The very first person goes to Hasni,


    the one yang konon CUTE+HANDSOME apa benda jadah kat post sebelum ni tu.. Haa, that guy. Hasni, tahulah tak ada hadiah nak kasi, laju je kau mesej kan.. Haha, thanks anyway:)

    • Second siapa? Azeli .

    Budak kelas 16, haha.. Aku gaduh ngan dia hari tu, tu yang awal je dia nak wish tu.Padan muka. Carik pasal lagi. Isy, aku tak ada apa2 tau ngan dia. NOTHING!! Kawan je. Not more than that !

    • Then, Noor Malisa.


    Akak, time birthday kau aku wish lambat kan. Heee, sorry:) Kau soul sister aku,tapi tak dapat rasa kek birthday aku.

    • Abang Ipar soon-to-be.


    Dia dah janji nak belikan aku hadiah. WHOA! I'm waiting.. Haha, aku tak ada abang, so pakwe akak lah the only abang yang aku ada(Walaupun berganti2)

    *Akak ngan Abang Zz ni actually nak berterima kasih kat aku sebab disebabkan 22 November birthday aku, paper SPM dorang ditangguhkan sehari and dorang cuti. Harimau Muda pun sama:)

    • Roommate, G15 <3



    Syikin,Laila,Zati.. wish waktu yang sama. Pakat eh? Tak kisahlah.. Thanks, seronok jadi roomate.

    • Solehuddin, Fikri, GTL kawan Trainduck sekalian


     Golongan ni aku je yang selalu ingatkan, kalau tak confirm tak ingat2. hampeh = =' Takpe lah, at least korang still ingat sudi untuk wish birthdy aku.

    • Syahmi Hakim, Hafidz, Raja Aiman, TGBians..


    Syahmi si Matsaleh ni wish aku birthday, Raja pulak chatting ngan aku,tiba2..surprise,HB!! Apalah, Raja, tak surprise pun camtu. Nyway, thanks a lot.

    *sebenarnya, yang betul2 first should be Fazuan Aliff and Zarief Ibrahim. Tapi macam tak aci je kalau wish pukul 9 malam. So, congratulation Hasni for being the first person who wished.

    Perasan tak dalam banyak2 nama aku yang i've listed out, tak ada pun nama DIA yang supposed to be antara orang2 first yang wish aku.

    So, inilah list peng'wish' my birthday yang ke sixteen:) Thanks tau semua. List ni tak ada apa2 pun, bukan lah yang first yang paling disayangi pun. Cuma nak meningkatkan semangat daya saing dalam kalangan remaja. Tahun depan cubalah jadi orang pertama.. Chewaah bajet diva je. Okayy, sorry. Akhirulkalam, tak kira lah korang number berapa, ucapan BIRTHDAY korang tetap yang pertama.

     Lotsa love, Diana.
     

    I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea