Keluarga sakinah, ini usaha anda bukan warisan nenek moyang;) |
Nak salahkan takdir,berdosa pulak saya. Tapi saya agak kesal dilahirkan pada abad ini. Memang..memang Malaysia dah maju sampai semua budaya Barat jadi amalan kita. Memang teknologi berkembang sampai macam-macam fitnah berlaku. Memang minda dah terbuka sampai pergaulan tiada batasan. Ya, saya pun terleka dengan KEMAJUAN negara kita. Kerana itulah saya terkilan dilahirkan dalam abad ini. Tapi saya tetap bersyukur sebab saya masih ada kesedaran ni dalam diri:) Iman saya tak seteguh Bilal bin Rabah untuk menghadapi ujian Allah, jihad saya tak sebesar Saidina Hamzah r.a yang beraksi di medan perang. Saya insan biasa bahkan bukan orang yang berilmu dalam agama sekalipun. Saya hamba hina yang penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. Saya post ni bukan nak menyamar jadi ulama atau apa, saya cuma nak ajak awak semua berfikir sejenak betapa jauhnya kita sekarang ni. Saya malas nak berleter panjang lagi, to make it short dunia ni dah akhir zaman. Face the fact. Semoga kita semua tersedar dari mimpi indah dunia ni ya kawan2.
0 comments:
Post a Comment