Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
Berapa kali je dalam sehari kita basahkan lidah kita dengan mohon ampun kat Allah? Bandingkan pulak berapa jam kita habiskan dalam sehari untuk mengumpat dan ketawa terbahak-bahak.
|
Ketawa boleh menggelapkan hati. |
Sebanyak mana dan semudah apa kita membaca dan mengamalkan Kalam Allah dalam hidup kita? Tidak sebanyak lagu-lagu yang sentiasa menari di bibir dan tidak semudah menghafal lagu I Love You Like A Love Song, lagu Last Friday Night atau mungkin lagu It Will Rain kan?
|
Jadikan Al Quran panduan dalam kehidupan kita:) |
Betapa jauhnya kita dari kasih Allah. Pernah tak kita menangis kerana takutkan azab Allah yang amat pedih? Atau air mata kita hanya mengalir saat kita ditinggalkan kekasih hati?
|
Menangis lah hanya kerana Allah:) |
Ya, selemah itu iman kita semua. Di waktu susah, kita menadah tangan memohon " Ya Allah, Kau bantulah aku Ya Allah!" dalam rintihan suara yang sayu. Rendahnya hati kita menghadap Allah saat itu.
|
Allah Maha Mendenga doa hamba-hambanya:) |
Tapi apabila kita dikurniakan nikmat Allah, bibir cuma mampu menyebut "Damn, seronok gila ni! OMG". Itulah fenomena masyarakat Islam masa kini. Kita marah bila orang kafir kutuk Islam, memperlekehkan Islam dan mencemuh penganut Islam. Namun, sedarkah kita bahawa kita sendiri yang merosakkan nama baik Islam itu. Islam kita hanya pada nama bila bayi-bayi luar nikah bersepah di jalanan,
|
Bayi dibuang bagai sampah ! |
remaja yang bersosial tanpa batasan dan pakaian-pakaian seolah bertelanjang.
|
Style Terkini.. Yucks! |
Di mana letaknya kesucian Islam itu jika ciri-ciri umat Islam dan orang kafir sudah tidak dapat dibezakan lagi. Untuk apa dibalut ketat aurat itu andai maruahmu tidak terjaga. Abad ini,alim ulama dipandang hairan, masjid musolla tinggal kesepian, amal ibadah tidak diamalkan. Lalu, tinggal apa lagi pada umat Islam? Sebelum bala Allah itu turun membinasakan bumi dan seluruh isinya, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun.
|
Ini yang terbaik. Insya Allah:) |
Ya Allah, ampunkan kami dan seluruh dosa-dosa kami. Pandanglah, dengarlah dan terimalah munajat hamba yang hina diselaputi dosa ini, Ya Allah. Hanya kepada-Mu kami memohon keampunan. Aminn...
0 comments:
Post a Comment