Sunday, February 10, 2013

WIRAWATI A107 :)

Posted by Unknown at 11:38 PM 0 comments
Saya wirawati A107, saya akui kehadiran saya ke PLKN adalah terpaksa dan tanpa kerelaan. Di saat rakan-rakan seperjuangan menjejak kaki melanjutkan pelajaran, saya melangkah ke PLKN dengan satu harapan. Saya ingin membawa Islam, mencipta satu ruang agar keindahan ajaran Islam dapat dirasai.Kini, sudah sebulan saya melalui hari-hari di kem ini. Saya kecewa. Impian untuk mengislamkan mereka terpaksa saya kuburkan dahulu kerana sudah jelas bahawa insan yang perlu diislamkan bukan mereka, tetapi umat Islam sendiri. Betapa ajaran Islam telah dikubur mati dalam kebanyakan jiwa remaja Islam. Bersentuhan, berduaan tanpa kenal halal haram, tanpa batasan. Ya Allah, ampunkanlah. Baru saya sedar, inilah hakikat dunia luar. Kemodenan dan kecanggihan teknologi yang dibanggakan ternyata meragut sekali peribadi Islam yang suatu masa dahulu pernah mengukir nama di arena sejarah kegemilangan tamadun. 5 tahun terperangkap dalam dunia MRSM menutup mata saya akan kehitaman dosa noda yang berada dalam alam realiti. Inilah ujian iman yang sebenar, berada dalam kalangan manusia yang telah jauh tersasar cukup payah. Saya seorang muslimah yang sedang belajar, masih setahun jagung, iman dan ilmu saya mungkin tidak seteguh besi untuk menepis setiap godaan yang mendatang. Saya takut, bimbang jika fikiran yang masih belum matang sepenuhnya ini akan turut terlalai dengan pengaruh rakan sebaya. Mereka berbeza, dunia kami tak sama. Masih ada rasa malu yang terselit di sebalik hijab yang menutup kepala, di setiap tutur kata dan tingkah laku. Tetapi tidak pada mereka. Saya tidak berniat untuk mendapat pujian, jauh sekali menjadi pujaan. Saya hanyaingin berkongsi rasa hati, agar para remaja sentiasa menjadikan Islam sebagai pegangan dan Alquran sebagai pedoman. Saya wirawati A107, doakan saya agar tidak pulang dengan hati yang kecewa. InsyaAllah.

Saturday, February 9, 2013

Holiday, YIPPEEEEE!!!

Posted by Unknown at 10:44 PM 1 comments
What a relief ! I'm now having one week holiday from PLKN. Alhamdulillah, thank you Allah. Oh, please don't ask me anything about it cause exactly the answer would be PLKN is a nightmare to me. Can't wait to finish all this on 16 March. Oh Allah, give me strength to face this. Another one month to do kawad kaki, roll call and freak activities there. I'm NUR DIANA BT MOHAMED NOOR, wirawati A107, from Kem PLKN Indera Pahlawan and i've been suffering too much :(
 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea