Monday, June 17, 2013

Throwback :)

Posted by Unknown at 10:00 PM 0 comments
Semalam saya bukak file TGB, ada banyak barang barang saya kat TGB dulu. Setiap barang itu ada cerita disebaliknya. Haha, kenangan.
One of my nonsense thingy. Masa trial SPM, i put this on my table. Haha, sengal kan. Berangan jelah. And then, one day, Dion gunting gambar negro lekat atas muka Randy saya. Jahat. I miss TGB :')

Sunday, June 16, 2013

Selangor State Park

Posted by Unknown at 2:53 AM 0 comments
We went there, tiga buah kereta. Hoho, sek sek kelate konvoi gi mandi air terjun. Emm, sememangnya saya suka air terjun berbanding pantai sebab air terjun sejuk dan menenangkan sedangkan pantai melekit dan menghitamkan. Hmm, seronok sebab masa kitaorg sampai tu tak ada sorang pun kat situ. So we get the most beautiful spot. Set up khemah, makan makan, terjun air, makan lagi, terjun lagi, gelak gelak, gurau gurau. And we have fun! :) Alhamdulillah, thank you Allah. Gambar mandi tidak boleh di upload walaupun saya ber'muslimah swimwear'. Jaga aurat, ingat akhirat. Heheh.





Friday, June 14, 2013

Air dicincang takkan putus

Posted by Unknown at 8:14 AM 0 comments
When sometimes your sister annoyed you soo much and she has cross the limit so you wish you dont have a sister or you plan to kill her or smash her face until her nose join her mouth so that her boyfie leave her and you can horrayyyyy in front of her face looking her tears roll and suddenly you think that you better istighfar and be patient because Allah is always there for you :) huhhhh.

Heyyy thereeeee

Posted by Unknown at 12:38 AM 0 comments
Look, im happy :) sebab ada 25 batang aiskrim jeruk mangga in the fridge. They are sleeping soundly and beautifully before i eat them. Okay baby baby kecayangan ku, cepatlah beku! Akan ku baham kesemua 25 batang itu dalam sekali telan sahaja. Yeahh! Oppss, woi diana. Senonoh sikit perangai anak dara tuh. Hehe sory sory .

SPM PLEDGE

Posted by Unknown at 12:33 AM 0 comments
Haha, seingat saya, saya tak pernah angkat tangan dan ikut bacaan Spm Pledge nih. Ingat lagi Kimin baca benda tu and i recorded his voice. Haha. Kelakar. Okay, memang tak lawak sebab korang tak kenal siapa Kimin min melainkan ahli kelas 517.

Thursday, June 13, 2013

Ulu Yam, Selangor

Posted by Unknown at 9:12 PM 0 comments
Aduhh malasnya nak pergi Ulu Yam esok. Suka tu memang la suka, dapat tenangkan fikiran kalau pergi tempat air terjun semula jadi macam tu. Yang malasnya sebab nanti ramai orang, tak boleh nak mandi manda dengan rakus dan freeeee sebab kena jaga aurat. Haha. Takpe lah. As long as ada waktu untuk spent time ngan family, okaylah tu. esok nak gerak tiga buah kereta ni. Tok nenek semua ada. Macam menarik je. Yang paling tak menahan nya, makanan piknik banyaaak gila. Ibu saya bawak nasi lemak, makcik saya bawak gulai ayam, nenek bawak aiskrim asam, ketupat, sepupu bawak junk foods. Haha ni nak berkelah ke nak jamuan. 

Wednesday, June 12, 2013

Today is 4 syaban

Posted by Unknown at 3:51 PM 0 comments
Tingkatkan ibadah, go go go! :)

Silly mistakes

Posted by Unknown at 3:48 PM 0 comments
I hate making silly typing error as i always do. It was really embarassing. Haha. The keypad is way too small than my thumbs so i often press the wrong letter. Without correcting the mistakes for so many times, i think you probably cant understand whats on earth am i talking about. Okay, let see how i type without correcting the mistakes ive done.

I hate making silly typing error as i always di. It was really emebarassing. Haha. The keypad is way too small tahn my thumbs so i often press the wrong letter. Wiythout correcting the mistakes for so many times i think tou praobably cant understand wthats ion earth am j talikng about. Oaky, let see how i type without correcting the mistakes ive done.

To be a perfect muslimah

Posted by Unknown at 3:24 PM 0 comments
Hidup kalau tak bermanfaat tak ada guna. Sebab dunia ni hanya pinjaman, tempat persinggahan sebelum menuju akhirat yang kekal abadi. Jangan tertipu oleh keindahan dan kekayaan dunia fana. Checklist to do to be a perfect muslimah.

Solat dhuha setiap pagi, lepas tu baca surah Alwaqiah ( supaya murah rezeki)
Solat tahajud sebelum subuh, kalau tak sempat mandi takyah mandi lagi (supaya hati tenang)
Baca yasin atau ar rahman selepas solat subuh supaya hari berjalan lancar atau dibuka pintu hati, tak baik tidur lepas subuh nanti rezeki tak masuk
Puasa sunat isnin khamis supaya badan sentiasa sihat dan cergas
Baca surah Almulk selepas solat maghrib supaya dilindungi dari azab kubur
Sentiasa awalkan waktu solat dan berpakaian menutup aurat (handsock dan stokin jangan lupa!)

Untuk peringatan, setiap kali baca alquran, mulakan dengan Alfatihah untuk dihadiahkan buat Nabi Muhammad saw dan para sahabat serta sedekahkan bacaan kita buat tok nenek moyang jiran kawan sedara yang sudah pergi. Mudah mudahan mereka di alam sana mendoakan kita kembali. Kepada Rasulullah saw, jangan disedekahkan ya, tapi dihadiahkan surah Alfatihah itu. Sebab insan mulia Kekasih Allah tak layak terima sedekah dari kita. 
Hmm post post jugak, jangan awak pulak yang tak buat Diana. Ekekeke. Sama samalah kita saling mengingatkan ya :) jom jadi muslimah.

Cara menenangkan hati, in shaa Allah.

Posted by Unknown at 3:30 AM 0 comments
Hari tu saya dengar forum dari Prof Dr Muhaya. Tajuk nya Wahai Jiwa Yang Tenang. Hmm, bila difikir balik, ketenangan tu nampak simple dan mudah. Alangkah nikmatnya jika kita dikurniakan jiwa yang tenang. Antars tips yang saya ingat ialah :

Sentiasa menyayangi semua makhluk Allah tanpa syarat. Bila namanya Makhluk Allah, bermakna bukan sahaja manusia, tetapi haiwan, tumbuhan, udara, angin semua mesti kita sayangi. Kan Allah itu maha Penyayang.

Sentiasa maafkan orang lain. Kemaafan itu pasti sukar buat orang yang hatinga keras, penuh dendam. Itulah yang merosakkan jiwa sebenarnya. Dendam,amarah, dengki. Sucikan hati kita. Kan Allah maha Pengampun.

Sentiasa bersikap murah hati. Orang yang bahagia, mesti murah hati dan orang yang murah hati mesti bahagia. Formulanya senang, ada, beri, dapat balik. Sebab orang yang kaya dan dirahmati adalah orang yang murah hatinya. Jangan lokek untuk memberi kerana apa yang ada pada kita juga satu pemberian. Kan Allah maha Pemurah. 

Sekian, tata :)

Pembelajaran atau Pengalaman?

Posted by Unknown at 3:21 AM 0 comments
Pembelajaran atau pengalaman? Teori atau praktikal? Mana satu lebih penting? Look, sekarang ramai stok manusia genius yang boleh hafal fakta hafal buku teks hafal birhtday satu maktab orang, cam one of my best friend, Dion. Ini semua cucu cicit Albert Einstein kot. Tapi sebenarnya praktikal atau pengalaman tu lebih penting. Alangkah bagusnya kalau teori dan praktikal dapat diseimbangkan. Contohnya, orang zaman dulu, tak belajar Fizik. Tapi bila bagi buluh, bagi tali, mereka boleh cipta satu rakit. Orang zaman ini hebat Ilmu Fizik, tahu bouyancy force tahu momentum tahu semua. Tapi bila kasi buluh kasi tali, rakit tak terapung. Hebatnya nenek moyang kita. Mereka dulu pandai cipta lampu, kita sekarang hanya pandai tekan suis lampu. Haha, think about it. Create and invent somethig beneficial :) 

Amanina Diana

Posted by Unknown at 3:07 AM 0 comments
Shopping bersama Nina. Haha, sambil carikan hadiah birthday untuk Zati. Great day, duit pun habis licin. Aduh, perempuan perempuan -.-





Halaqah tv9

Posted by Unknown at 3:02 AM 0 comments
Hari tu masa tunggu Nina sampai nak gi Sogo, saya tengok tv 9. Rancangan Halaqah. Dah lama rasanya tak berada dalam majlis ilmu. Seperti yang kita tahu, orang yang berada dalam majlis ilmu ni berada di bawah lindungan sayap malaikat. I cried. Missing the moment after praying Asar in surau al ikhwan, we used to gather at the corner of the surau al ikhwan, sharing knowledge and reminding each other about iman, about Islam. Know i realize how sweet the momento would be with ukhwah fillah. Dah 8 bulan tak jenguk majlis ilmu. Astaghfirullah. Ampunkan aku Allah.

Monday, June 10, 2013

Lirik lagu Salam Semua : Sleeq ft Aaron Azizi

Posted by Unknown at 4:04 PM 0 comments
Terdengar lagu ni kat radio, nice :) kisah Aaron Aziz, hero idaman malaya. Dan isteri dia nama Diyana. Ceh. Perasan! -.-

[Chorus]
Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua

Oh oh
Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya dimana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku


Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa tugas cari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar

Kan ku janji mu untuk sedia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Mama ada Papa ada tolong jagakan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan hidup kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar

[Ulang chorus]

Kan ku tinggalkan semuanya keluarga yang ku sayangi
Doa dari ibu ayah sokongan saudara memberi kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini

Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz

Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku

Ada yang kata diriku tak mampu
Bakat di wajah belum tahu laku
Jangan mencoba diri sendiri yang malu
Kemana pergi semangat orang Melayu

Ku diberikan kekuatan
Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan
keluarga Dahlia Arissa
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana

Stage of sleepiness

Posted by Unknown at 9:45 AM 0 comments

Ghuraba

Posted by Unknown at 9:34 AM 0 comments
Apa tu? Baca ni. Pesanan ikhlas dari sahabat plkn ku, khairi hazique :) 

Aurat dengan sepupu

Posted by Unknown at 9:23 AM 0 comments
Ramai orang ambil mudah dengan isu ini, termasuk diri saya pada mulanya. Bila keluar dari rumah, in shaa Allah, saya menutup aurat, tapi di rumah? Bila sepupu datang, pakcik guard lalu, posmen hantar surat, selamba badak je. Astaghfirullah. Semoga Allah ampunkan dosa dan kelalaian kita. Yang paling ketara ialah bila balik kampung. Dah sepupu sepapat semua tidur sekali bergelimpangan macam ular sawa kekenyangan, rambut aurat semua ntah ke mana. Salah tu. Islam tak pernah halalkan aurat kita dengan sepupu kita yang dah baligh hanya dengan alasan kita membesar dengan dia, dah biasa tidur sama, mandi sama, dah macam abang kita, kakak kita, yang haram tetap haram. Memang kekok nak mulakan. Ramai yang tegur, pelik, heran, apahal lah bertudung pulak ni, ada masalah rambut ke? Haha, bukan masalah rambut, masalahnya saya tak tahan nanti kena bakar kat api neraka. Saya takuuut. Memang rimas, memang panas, tapi panas lagi neraka Allah. Sama samalah kita berubah ke arah kebaikan. Saya juga masih lemah. Selamat beramal.

Puasa sunat Syaban

Posted by Unknown at 9:11 AM 0 comments
Teringat dulu masa kat TGB, berpuasa sunat bersama sama dengan ahli kelas 517. Suka :) kadang kadang borong aiskrim kat koop, buat pencuci mulut. Supplier kurma terlaris di pasaran, saya :) anas baca doa, mamba melahap, faizah orang pertama siap makan, misha membebel, dan semua yang lain yang sangat saya sayangi. Eratkan silaturrahim. Tambah pahala sunat. Semoga amalan ini berterusan. In shaa Allah.

Baik baik

Posted by Unknown at 9:06 AM 0 comments
Fikir yang baik baik, cakap yang baik baik, doa yang baik baik, sangka yang baik baik, in shaa Allah, kita akan terima semua yang baik baik :)

Oxygen

Posted by Unknown at 8:03 AM 0 comments
Kita hidup bukan sebab oxygen, kita hidup sebab diizinkan Allah. Masa kita mati pun, oxygen masih lagi ada, cuma Allah tak izinkan kita untuk menggunakannya. Bersyukurlah. Say Alhamdulillah. Thank you Allah, I love you Allah :)

Alquran pengubat jiwa

Posted by Unknown at 7:59 AM 0 comments
Di saat kita terasa lemah dan hati kita hancur remuk, penenang yang paling baik ialah dengan membaca Alquran. Baca sahaja dengan suara rintihan kita, biarkan saja air mata menitis membasahi helaian Kalam Allah itu kerana hati kita akan terubat tanpa disedari. Kerana saat itu Allah sedang memujuk kita, menemani kesepian hambaNya kerana Allah itu maha Mengetahui dan sentiasa dekat dengan kita. Yakinlah :) ketika kita sedih, capai Alquran, buka helaian itu mengikut gerak hati kita, baca terjemahannya. In shaa Allah, jika diizinkan Allah, helaian yang dibuka itu merupakan satu petunjuk ataupun barisan kata kata semangat buat diri kita. Saya pernah mengalaminya. Anda? :)

Hugo Boss for man

Posted by Unknown at 2:17 AM 0 comments
Setelah 18 tahun menjadi anak kepada En Mohamed Noor, baru hari ni buat pertama kalinya saya ambush toilet dia sebab mak saya suruh tolong bersihkan. Yelah, apa guna anak perempuan empat orang kalau tak boleh nak tolong buat kerja rumah. And, i found this, Hugo Boss shower cream for man. Siap ada stok lagi tu. Hamboih, patut la awet muda dan berseri seri. Tak pernah pulak nengok ayah saya beli shower cream Hugo boss. Ktorg pakai lifebouy anti bacteria je tau. Haha. Pelik betul. Next week father's day, nak bagi apa eh? Emmm..

Shopaholic

Posted by Unknown at 1:37 AM 0 comments
Yayyyyyyy! Akhirnya, dapat member untuk bershopping. Thanks Nina! Love you muahh muahh muahh :* esok nak gi Sogo! Nak shopping ngan Nina. Tapi papa tak ada, terpaksa korek bank lagi :( tak kesah tak kesah. Mesti pergi esok sebelum saya mati kempunan. Alhamdulillah. Thank you Allah :)

One day :)

Posted by Unknown at 1:19 AM 0 comments
This is me, but with hijab covering my hair and also handsock.


And this is him ( dont know why the picture is small )

With our lovely daughter

Working together to help people


And make people smile


We are a family of doctor. In shaa Allah. We treat each other and strive for jannah. 

Keindahan ciptaan Allah

Posted by Unknown at 12:25 AM 0 comments
Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah :) Tengok this baby girl of Atita Haris and Adam Hadzir named Sofia. Amazingly cute and looking her face will melt your heart. Allah sebaik baik pencipta. Screenshot from Instagram.




Motivational quote

Posted by Unknown at 12:04 AM 0 comments
If not you, then who?
If not now, then when?

I love this quote, i found this in TGB. Another quote is,

Its not the mountain you conquer, but yourself.

A simple quote with deep meaning. 

Sunday, June 9, 2013

Nescafe

Posted by Unknown at 11:53 PM 0 comments
My favourite drink. Two teaspoon of nescafe dan susu f&n. slurrpp, sedaaap ~

Remy Ishak

Posted by Unknown at 11:51 PM 0 comments
Heheeee semalam tengok Cinta Jangan Pergi :) Remy Ishak sangat sangat charming. Dengan Tiz Zaqyah. Shireen yang jahat, perosak kebahagiaan dalam hubungan. Khalil, played by Remy Ishak, is a courage man who fights for his true love to Lea Soraya. The prove is Khalil survived.... Haha, gaya macam jawab soalan novel dalam paper English SPM. 

Kisah teladan

Posted by Unknown at 11:13 PM 0 comments
Pada suatu hari, ada seorang ibu tua yang sedang memberi makan kepada anak-anaknya. Oleh kerana dihimpit kemiskinan yang melampau, ibu tua itu mencuri beberapa buku roti untuk diberi kepada anaknya. Lalu anak anaknya mati keracunan. Ibu itu sedih lalu mati. 
Moral : jangan mencuri.
Haha, a realistic story writer didnt end the story with "they live happily ever after" .

Fairytale

Posted by Unknown at 11:09 PM 0 comments
Nak keluar ngan Faizah tak jadi sebab dia dah balik Puncak Alam. Waaaaa :'( bosaaaaan! Nak keluar shopping tak ada kawan. Nak texting, semua busy. Hmm cepatla masuk Taylors. Borak ngan Rina pun Rina takleh bercakap. Makan tak selera. Tv tak menarik. Internet tak menarik. Whatsapp sunyi. Wechat sunyi. Line sunyi. Heyyyy, now i wish that fairygodmother is true and exist so she can take me to the ballroom with a good looking prince and i can have dinner with him and talk to him and reach upon the star with him and go shopping and and and blablabla.. Merepek-.-

Cemburuuuu!

Posted by Unknown at 11:01 PM 0 comments
Setiap kali saya cemburu, tangan kaki mesti sejuk, hati rasa sakit gila, air mata mula mengalir. Haha. Anda bagaimana? Saya ingatkan orang cakap hati bagai ditoreh tu ibarat perumpamaan je tapi rupanya betul. MasyaAllah, betul betul kena toreh. Sakit yang amat. Cewah, rasakan sendiri :/

Faizah :)

Posted by Unknown at 4:44 AM 0 comments


Haha, manalah tahu orang puncak alam layan blog kita. Cewah. Faizaaaah, jom la keluar samaa. Aku bosan tau duk rumah, korang takpe la, da masuk u. Kesian aku keletot sengsorang. Okeh, sekarang jugak aku nak call kau tapi tengah Maghrib. Jap lagi eh. Esok nak keluar ngan kau. Emm nak ke mana eh? Mid? Kalau aku.. Aku nak gi sogo je. Tapi sogo mana ada apa apa. Haha, kau tu reti tak naik ktm? Jumpa aku kat kl sentral eh. Kesian lak kau naik sorang2 takut sesat macamhari tu. Hehee, sekarang baru 7.43, pukul 8 aku call. Tata :)

Saturday, June 8, 2013

Congratulation miss miza :)

Posted by Unknown at 12:58 AM 0 comments
See, my beloved teacher got a new lovely baby. Heheee :) in shaaa Allah, we gonna visit you asap. Wanna see your baby. 

Perkahwinan Jimmy Hotfm

Posted by Unknown at 12:57 AM 0 comments
8.6.2013, hmm, saya pergi ke majlis perkahwinan Jimmy Hotfm dan pasangannya, Fatin. Nama sebenar jimmy tu Khairi Hazwan. Saya kawan ngan adik dia, Khairi Hazique. Jumpa masa kat Plkn. Perkahwinan berlangsung di Wedding Terrace Sky Garden, Setapak. Cantik. Pink. Ada satu cerita sedih sebenarnya, gambar yang saya snap ngan Khairi, Jimmy, wedding stage, hall semua terdelete. Aduhhh :( Sedih betul. Apalah. Ada sikit je yang tak pakai camera360 yang saya save. Yang lakn semua babai, terdelete :(




Friday, June 7, 2013

Celcom X2

Posted by Unknown at 10:03 AM 0 comments
Haha, hari ni dapat seribu sms percuma. Aduh, jenuh nak menaip.. Tak sempat pun habiskan seribu dalam masa satu hari. Sebab tak ada kawan nak text. Last last saya texting orang banyak banyak. Macam ni. Haha, LOL :p

Homeroom Zamrud 2

Posted by Unknown at 5:21 AM 0 comments
Okay, homeroom terchentaa :) Homeroom Zamrud 2 tahun 2011/2012. Anak anak kepada Mummy Salwa Dalib. We are sibblings. Together we stand through thick and thin :) Siapa presiden pun saya tak ingat, mungkin tak ada presiden kot. Randomly hantar wakil jika ada apa-apa and selalunya Anas atau Dion lah. Heheeeee, Dion, my best big brother, didnt meet you for tooo long and I MISS YOU I MISS YOU I MISS YOU. Dah lama tak dengar lawak bodoh Dion dan tengok mimik puka paling pelik I had ever seen. Ceh, marah Fatin.


MRSM TUN GHAFAR BABA

Posted by Unknown at 5:15 AM 0 comments
Asrama MRSM TUN GHAFAR BABA. MRSM yang sudah berabad di bina dan sangat usang. Haha, tapi kalau kita pandai jaga kekemasan dan kebersihan, itu lebih bermakna. See, dua ekor beruang dan seekor arnab turut menghuni katil saya. Dengan cadar yang di stretch bagai nak mati. haha,jemput datang ke blok G, pemenang anugerah blok paling bersih :)


Masjid Nabawi, Madinah

Posted by Unknown at 5:09 AM 0 comments
Teringat pergi Mekah dulu, tahun 2010. Tengok papa diapit lima wanita kesayangannya. hehee :)


Posted by Unknown at 12:33 AM 0 comments
I know her for two years and its enough to make me hate her. Haha. Saya mudah suka orang tapi bila saya benci seseorang, ill always hate him or her forever. I end up not talking to her. Oh, kerasnya hatiku. Keras ke?

Thursday, June 6, 2013

Suria KLCC.

Posted by Unknown at 10:31 PM 0 comments
Semalam, as planned, kami pergi KLCC. Hahha, dari 10 pagi sampai 9 malam. Should be balik pukul 6 actually tapi jalan jam gila gila sebab hujan. Ibu sampai lambat, so lambatla ktorg balik. And my adik adik sepupu yang masih kecil tapi rupa dah macam laki orang, memang dah macam abang pulak. Padahal ktorg ni yang kakak. They are so tall, and matured. Look at them.






Wednesday, June 5, 2013

Ayah.

Posted by Unknown at 9:20 AM 0 comments
Nur Diana bt Mohamed Noor. Tengok tu, ayah saya nama En Mohamed Noor. Kawan saya ramai tak kenal dia. Hanya tengok gambar je. Ayah saya tak pernah pergi apa apa majlis kat sekolah saya dari tadika hingga Majlis Anugerah SPM. Ibu mesti pergi sorang2. Haha, apalah papa nih. I dont know what is in his mind, tapi saya pun memang tak take it serious. Bagi saya majlis hanyalah majlis. Itu pada saya. Sebab some people kalau boleh nak bawak tok nenek semua sekali. Bergambar sakan. Tak apalah, tak salah pun meraikan kejayaan kita kan. Tapi saya tak, saya hadir hanya untuk ambil syarat sahaja. Saya benci majlis formal dan protokol, sangat benci. I love my dad. Dia dan pendiriannya, sentiasa teguh seteguh KLCC. Salute! :)

Foods to be avoided during diet.

Posted by Unknown at 9:01 AM 0 comments
You see what I got in my notes. Haha. Over kan. Tahu. Eh, nak seribu daya. Yang paling efektif ialah puasa sunat Isnin dan Khamis. Setiap minggu. Sunnah tu, selamat beramal :)

21st March 2013

Posted by Unknown at 8:50 AM 0 comments
I visited his house. Modern bungalow. Very nice. Ada beranda yang saaaaangat luas. I think his mom buat untuk solat jemaah satu family atau makan satu family dan bersantai kat situ. Seriously, brilliant idea :) most of the space kat tingkat atas tu adalah beranda. 
This is the only half of it. Besar kan?

Hehe, bergerak balik ke Kl. tata :) see you again.

Im with his little sister, Ina.

Aby Yus.

Posted by Unknown at 8:35 AM 0 comments
Kenal tak pelakon komedi Eby Yus? Yang berlakon jadi Busu So'od. Saya ternampak dia tadi. Dia senyum. I feel nothing la sebab dia bukan Amar Asyraf ke Aaron Aziz ke Remy Ishak ke kan. Tapi yang paling gempaknya, kereta dia!! Mercedez Sport. Nombor plat nama doa lagi. Wah! Kayo bebenor ya. Rezeki Allah :)

Does this exist?

Posted by Unknown at 8:28 AM 0 comments

 I found this. Love last forever. This is deadly sweet and romantic :)

Fashionista.

Posted by Unknown at 8:26 AM 0 comments


Oi oi, tutup aurat! :p

KLCC

Posted by Unknown at 8:12 AM 0 comments
Esok nak lepak ngan sepupu sepupu di KLCC. Hehee. Bila keluarga membuat jejak kasih di tengah bandar raya. Aliff, Syamir, Hairi, Haikal, Lisa, Diana, Gemuk, Ewin. Okay, look like we need two cars. Again? Haha. Ramai sangat anggotanya. Lagi ramai lagi seronok! :)
Posted by Unknown at 4:38 AM 0 comments
Memang ada ke eh orang yang tak berhati perut macam dalam tv tu? Haish, minta jauhla jumpa orang macam tu. kejamnya. Tak ada perasaan langsung. Agaknya hati dia mati dan hitam macam batu. Bertaubatlah.

My one year mission!

Posted by Unknown at 4:16 AM 0 comments
Setahun ni,lepas masuk Taylors college, saya ada misi yang besar! Saya nak simpan RM5,000 duit sendiri dan bukak akaun tabung haji. Logik tak? Ahh, takada yang mustahil. Saya akan berusaha dan Allah lah penentunya. Maknanya, lepas start foundation ni, takleh nak belanja sakan lagilah. Sebabnya, saya tak pernah rasa guna duit sendiri. Saya tak ada duit sendiri. Semua akaun bank tajaan FaMa. Father mother. Jadi, saya berazam untuk simpan duit sendiri. In shaa Allah. 

Asrama

Posted by Unknown at 4:10 AM 0 comments
Siapa kata duduk asrama tak best? Belum cuba belum tahu tau. 5 tahun saya duduk asrama, seronok sangat. Bila duduk asrama, kawan adalah orang utama yang akan menemani hidup kita. Jadi, pilihlah kawan yang baik. Supaya hidup sentiasa ceria. Emm, kalau dah duk asrama mesti jarang balik rumah punya. And confirm setiap kali balik, nak makan apa pun mak ayah bagi. Mak ayah mesti bagi perhatian lebih punya. Hikhik. Masa nilah nak amik kesempatan. Mengada sikit kan. The most happening moment in hostel is staying up late night and buat parti Maggi secara besar besaran. Esok dalam kelas tidur secara berjemaah. Hw tak siap. Hehe, pengalaman nih. Serious best. Nak rasa lagi? Gi lah masuk sendiri. TGB tau. TGB number 1! :)

517

Posted by Unknown at 3:56 AM 0 comments
"Ya Allah, permudahkanlah aku dan sahabat sahabat ku dalam mencapai cita cita kami. Permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat. Kami tidak tahu apa yang Kau rancangkan untuk kami, tapi kami yakin bahawa Engkau akan berikan yang terbaik buat kami. Kuatkanlah hati dan iman kami dalam menempuhi setiap dugaan. Jadikanlah setiap nikmat yang Kau berikan kepada kami sebagai pendorong agar kami lebih dekat dengan Mu dan menjadi insan yang bersyukur. Jadikanlab kami orang yang berguna kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Kekalkanlah persahabatan kami, ahli kelas 517 hingga ke syurga Mu. Terima kasih Allah kerana hadirkan aku 22 orang sahabat yang sangat aku sayang. Aminnnn"

Jeruk petai

Posted by Unknown at 3:39 AM 0 comments
Sedia maklum, petai pahit dan berbau busuk. Siapa je makan petai? Saya makan. Pelik, ada sesetengah orang malu nak mengaku makan petai. Konon katanya ini makanan kampung. Oh, petai budu jering ulam makanan kampung. Habih orang bandar makan apa? Kayu ke batu? Bangga sangat duk makan KFC, pizza, mcd. Makanan tak sihat dan tak berkhasiat. Sebab tu lah orang bandar selalu sakit. Petai tu banyak khasiat. Boleh cegah kanser. Ulam buat kita awet muda. Makan makanan yang berkhasiat. Mek saya selalu buat jeruk petai. Dan jeruk jering. Apa? Yekkk ?sedap lah. Saya suka saya suka :) sedaaaap. Meh rasa ramai2. Resepi orang kelantan. 
Nyamm nyamm nyammm~

Kesukaan saya :)

Posted by Unknown at 3:33 AM 0 comments
Saya suka junk food. Gila gila gila suka! Macam ni.
Biskut teddy ni. Sedaaaap. Kalau ada choki choki, cicah ngan biskut ni. Yummm~

Mister potato. Any flavour pun saya lahap kecuali yang sour cream ke apa benda entah. But, im trying to avoid this because potatoes contain saturated fat that make you have sagging thight. So, please dont.

Asam! Haha, i will die without asam or pickles. I mean it.

And this one is not my favourite at all. Percayalah. Saya tak suka chocolate. Saya boleh makan dark choc tapi hanya sedikit. 
 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea