Wednesday, June 12, 2013

Cara menenangkan hati, in shaa Allah.

Posted by Unknown at 3:30 AM
Hari tu saya dengar forum dari Prof Dr Muhaya. Tajuk nya Wahai Jiwa Yang Tenang. Hmm, bila difikir balik, ketenangan tu nampak simple dan mudah. Alangkah nikmatnya jika kita dikurniakan jiwa yang tenang. Antars tips yang saya ingat ialah :

Sentiasa menyayangi semua makhluk Allah tanpa syarat. Bila namanya Makhluk Allah, bermakna bukan sahaja manusia, tetapi haiwan, tumbuhan, udara, angin semua mesti kita sayangi. Kan Allah itu maha Penyayang.

Sentiasa maafkan orang lain. Kemaafan itu pasti sukar buat orang yang hatinga keras, penuh dendam. Itulah yang merosakkan jiwa sebenarnya. Dendam,amarah, dengki. Sucikan hati kita. Kan Allah maha Pengampun.

Sentiasa bersikap murah hati. Orang yang bahagia, mesti murah hati dan orang yang murah hati mesti bahagia. Formulanya senang, ada, beri, dapat balik. Sebab orang yang kaya dan dirahmati adalah orang yang murah hatinya. Jangan lokek untuk memberi kerana apa yang ada pada kita juga satu pemberian. Kan Allah maha Pemurah. 

Sekian, tata :)

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea