Monday, December 31, 2012

Another story ('',)

Posted by Unknown at 7:01 AM 0 comments
Hmm, one more entry before sleeping tonight. Mail (bukan nama sebenar) wrote to me just now, he said that,

" Betul kau cakap perempuan belajar tinggi mana pun ke dapur jugak, tapi apa yang membezakan ialah sebesar mana dapur mereka." 

Dengar tu kaum Hawa, saya ambil itu sebagai pandangan ikhlas seorang lelaki. Thanks, Mail for the nice comment. Haha, tak sangka pulak ada Detective Conan selalu baca blog saya kan. Oh, for your information, Mail ni one of my classmate di TGB, he is  very good in Mathematic and Addmath. You see, kawan kawan saya di 517 semuanya sangat prihatin dan sangat membantu. Yang salah ditegur, yang baik diingatkan. I can't say how much I missed being in 517. I was elated, everyday and everyday. Hah, lagi satu, Mail ni the only boy in my class yang akan pergi PLKN jugak. Kalau tak silaplaa. Alah, dia tak apalah anak askar, mesti tough punya. Anyway, Mail, goodluck kat sana ya. Botak kejap je , nanti tumbuh rambut balik, don't worry :) Dah pukul 11 malam la, goodnight everybody :)

Sunday, December 30, 2012

Posted by Unknown at 11:01 PM 0 comments
Haha, tiba tiba je letak gambar ni kan. Tak ada apa-apa maksud eh, cuma saya rasa gambar ni sangat comel. Comel, kan? Selamat pengantin baru kepada semua yang mendirikan masjid terutamanya Cikgu Science saya di MRSM Terendak, Sir Firdause :)





Si Cantik Manis !

Posted by Unknown at 10:45 PM 0 comments
Ada seorang perempuan itu, dia sangaaat cantik. Semua orang cemburu melihat kecantikan dia, lelaki semua tergila-gila kan dia. Identiti dia tak perlu saya dedahkan kerana saya tidak bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Saya cuma nak berkongsi tentang  keindahan makhluk ciptaan Allah yang seorang ini. Bagi saya, dia sudah mempunyai semua yang perempuan inginkan dalam hidup. Dia cantik, pandai dan kaya. Apa lagi yang dia perlukan dalam hidup? Semua orang yang kenal dia merasa hidupnya lengkap. Jangan cepat menilai orang dan merasa diri kita serba kekurangan. Tidak ada manusia yang sempurna, tapi manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Berbalik tentang wanita tadi, Si cantik manis itu, tutur katanya keras dan riak wajahnya tegang. Dia tidak mampu menyenangkan hati keluarganya kerana sikapnya yang baran dan menyusahkan. Pandangannya menjeling orang sekeliling seolah-olah ada sedikit kesombongan.Tapi tak baik berburuk sangka kan, mungkin dia penat. Ya, penat.. 'lah sangat'. Jadi, kita sekarang perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak apa kalau kita tak secantik perempuan itu, tak memiliki kekayaan dan kepandaian sekali gus, asalkan hati kita baik. Kita boleh buat orang tersenyum dengan kehadiran kita dan membahagiakan hati ibu bapa kita.Sesungguhnya Allah tak pandang rupa, Allah pandang hati dan amalan kita. Bayangkan semua perempuan dijadikan cantik seperti wanita itu, atau mungkin seperti artis-artis selebriti yang glamor, maka tak adalah saya dan tak adalah awak, kan?

Oh, Faizah :)

Posted by Unknown at 10:19 PM 0 comments
This post is special dedicated to my friend, Nur Faizah Rahim. Faizah ni garang sangaaat, but she has a very good heart. I think that's the best answer why Hasni is crazy over her. Haha, jangan mara ye Faizah. So, yesterday night, I was sleeping when I got a message from Faizah. A motivating and inspiring message. Haha, thanks Faizah. Message dia biarlah rahsia, tapi I would like to tell something to Faizah.

" Faizah, jangan frust pasal fast track tu. Awak kena yakin dengan perancangan Allah. Tak ada kebetulan yang berlaku melainkan semuanya adalah ketetapan Allah. Aku yakin Faizah mesti dapat straight A+ punya, terus fly oversea untuk sambung study. InsyaAllah. Haha, jadi suri rumah pun dapat pahala apa. Dapat belajar hal rumah tangga, nanti senang nak jaga H**** kan :p Perempuan ni belajar tinggi mana pun, ke dapur jugak.Tapi tu tak bererti perempuan takyah belajar tinggi tinggi. Daripada aku ni, kena gi PLKN, main M16 apa bagai. Haha, takpelah, Allah tahu yang terbaik kan. So, Faizah. sekali lagi, thanks untuk message itu. Mungkin itu hanya kata-kata, but I really really appreciate it. Nanti dah berjaya jangan lupa aku. Jumpa lagi, tata:) "

Selamat Tahun Baru:)

Posted by Unknown at 10:05 PM 0 comments
Guyssss! Happy new year :) Tapi, tahun baru bagi umat Islam 1 muharam kan? Jangan lupa tu. Emm, malam ni for sure saya dan semua penghuni bandar Kuala Lumpur tak boleh tidur. Bukan bunga api je berdentum dentam, suara orang memekak melalak pun banyak jugak. Oh, gonna miss the beautiful sleep :I Petang ni, jalan mesti sesak punya. Semua orang berderu-deru menuju ke Dataran Merdeke dan Putrajaya nak sambut tahun baru, nak tengok konsert, nak countdown sama-sama, nak berhibur lelaki dan perempuan. Haha, tak salah sambut tahun baru, tapi tak usahlah sampai begitu. Tahun cuma nombor.. 2012, 2013, 2014. Ya, nombor. Apa yang penting adalah pengisian dan perubahan terhadap diri kita dalam tahun itu.Tetapkan azam untuk tahun itu, dan cuba capai apa yang dihajatkan. Haa, nak tahu tak azam tahun baru saya? Emm, rahsia lah :P Hari tu, masa kat maktab, kitaorang sambut tahun baru Islam dengan bacaan Yasin dan doa tahun baru. Menitis air mata kami mengenangkan semua dosa yang dilakukan sepanjang tahun namun kami bersyukur kerana Allah masih memberi kami nikmat tahun baru bagi menebus dosa silam. Alhamdulillah, terima kasih Allah. semoga tahun baru ini menjadi titik perubahan daripada yang buruk kepada yang baik buat diri kita semua. InsyaAllah.

Friday, December 28, 2012

Always a Muslimah:)

Posted by Unknown at 9:39 PM 0 comments










Thursday, December 27, 2012

Increase Your Level Of Iman!

Posted by Unknown at 8:16 PM 0 comments
Hari tu, saya keluar dengan kawan kawan perempuan TGB. Alhamdulillah, hati saya rasa tersentuh sangat bila saya menyedari yang kami semua masih mengekalkan gaya hidup Islam. Terbkti la bahawa kami tidak menjalankan hukum Allah sekadar mengikut peraturan maktab, tapi kami menjalankan sebagai kewajipan kami. Inilah kawan kawan terbaik dari kelas yang terbaik saya pernah jumpa. Bukan untuk riya' tapi saya ingin menggambarkan kesyukura kepada Allah kerana Dia begitu Baik dan Pemurah. Alhamdulillah. Saya dulu selalu merungut bila di suruh pakai stokin. Secara zahirnya, saya fikir kalau sudah berbaju tangan panjang dan bertudung, dah tertutup la aurat saya. Tapi sekarang, saya sedar, aurat seorang wanita itu adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kawan kawan saya pun berstokin masa keluar hari tu. InsyaAllah, aurat kami terjaga. Kemudian, kami solat dhuha, solat hajat, bahkan kami solat berjemaah di rumah Syasya. MasyaAllah, indahnya persahabatan bertunjangkan Islam. Inilah yang dikatakan ukhwah fillah. Jadi, sekarang, kawan kawan tak payah risau untuk menjengah ke dunia luar yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia. Selagi kita semua bergantung kepada Allah, Allah akan sentiasa membantu kita. Jadikan AlQuran sebagai pedoman, bukan budaya hedonisme yang semakin meracuni fikiran remaja sekarang. Kawan kawan tahu tak, Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, mengakui bahawa dia akam membaca Quran terjemahan setiap hari kerana Quran dapat menenangkan hati beliau. Malu kan kalau orang Islam sendiri mengabaikan kalam Allah. Minta maaf kerana mungkin post ini terlalu islamic, tapi anggaplah ini sebagai santapan rohani terakhir sebelum ketiadaan saya 3 bulan nanti. Selamat beramal;)

Monday, December 24, 2012

Save the Palestinians!

Posted by Unknown at 10:19 PM 0 comments



This is an activist, Rafeef Zaidah.

We teach life, sir!


Shade of anger!


Palestine, Israel and Justice !


I'll be going:(

Posted by Unknown at 10:10 PM 0 comments
Within a week from now, I will be going to PLKN :( Hope to meet new friends and gain more precious experiences there. 3 months in Kem Indra Pahlawan, Maran, Pahang and this Nur Diana is going to be a tough and strong Diana you had ever known. Yeahh !!! Pray for me.

Monday, December 17, 2012

Posted by Unknown at 10:12 PM 0 comments

AWAS! KEMATIAN DI HADAPAN.

Pernah tak anda berfikir tentang kematian? Kalau pernah, Alhamdulillah. Kerana hidup kita adalah untuk mati. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah persoalan 'Siapa pergi dulu?' kerana mati tidak mengira umur. Bukan orang tua sahaja perlu bertaubat dan bersedia untuk bertemu Allah, bahkan sekarang lebih ramai anak muda yang dijemput dahulu berbanding ibu ayah mereka. Jadi, bersedialah menghadapi kematian. Kullu nafsi za'iqatul maut.

Dahulu, saya pernah terfikir, seandainya saya pergi buat selama-lamanya, biarlah saya pergi dahulu sebelum IBU, AYAH dan DIA. Tiga insan ini merupakan insan yang sangat penting dalam hidup saya. Saya ingin membalas jasa mereka. Setidak-tidaknya menghiadiahkan sebuah kejyaan buat mereka. Saya takut saya tak kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa mereka. Saya tak mampu melihat mata mereka terpejam untuk bersemadi dengan aman buat selama-lamanya. Saya taknak.

Tapi rakan-rakan, siapalah kita untuk menentukan ajal maut seseorang. Semua itu qada dan qadar yang telah tertulis sejak azali. Apapun yang terjadi, kita perlu redha kerana dunia ini hanyalah pinjaman Allah. Manusia tidak akan kekal sepertimana Allah yang bersifat Baqa'. Kita sama sekali tidak boleh bersifat kufur dan menyalahkan taqdir kerana yang perancangan kita ditentukan oleh Allah. Jangan berasa lemah dengan kepergian seseorang kerana Allah sentiasa ada bersama hamba-Nya. Ingatlah,
fainni qarib! ( sesungguhnya aku dekat)

Konklusinya, sediakan amalan secukupnya selagi hayat dikandung badan. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Beristighfar lah. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak Adam itu maka terpuluslah amalannya kecuali tiga perkara :
  • Sedekah jariah
  • Ilmu yang dimanfaatkan
  • Doa anak yang soleh



Teman pengganti , Black & Malique : 















Friday, December 14, 2012

Sucikan hati! :)

Posted by Unknown at 2:33 AM 0 comments
Ada orang terasa dirinya mulia berbanding orang lain, hartanya menggunung dan amalannya semua diterima Tuhan. Dia memandang serong terhadap orang lain, melihat ibadah orang lain tidak sempurna dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang di hadapan orang ramai dengan begitu angkuh. Wahai cik adik, jangan ambil alih kuasa Tuhan untuk menilai amal ibadah seseorang. Baik ke buruk ke dia, toksah la diperkatakan kerana diri kita sendiri belum tentu mendapat keredhaan dunia akhirat. Hey, hey, hey. Ingat, anda bukan siapa siapa, saya bukan siapa siapa, kita semua bukan siapa siapa. Kerana yang paling berhak mendapat pujian hanyalah Allah Yang Maha Esa. Apa pun pangkat dunia yang anda dapat, jangan terlalu berpuas hati. Riya' dan takbur itu salah satu dari kufur nikmat. Jangan sampai anda tergolong dalam kumpulan yang itu. Takut sia-sia Qiamullail, solat sunat dan puasa sunat serta ibadah yang anda lakukan. Allah itu Maha Pengasih. Jadi, kenapa anda sebagai manusia yang mengaku menjadi hamba Allah, yang beriman dengan Allah dan memilih agama Islam tidak mencontohi sifat Allah yang itu. Walau tak setanding dengan luasnya kasih sayang Allah, tak salah jika kita mencuba yang terbaik. Jangan jadi pencetus kepada perbalahan dan pergaduhan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Post ini ditulis khas sebagai ingatan kepada budak tak sedar diri yang bernama 

NUR DIANA BT MOHAMED NOOR :I

Wednesday, December 12, 2012

Everybody Can Dream .

Posted by Unknown at 12:05 AM 0 comments




DREAMS DON'T WORK UNLESS YOU DO :)



The place I wanna go :



The man I wanna marry to :




The one I wanna be :




The penthouse I want to live with my family :




My dream car :




Guys, dreaming can do no harm to you. The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams. 


  







Tuesday, December 11, 2012

Babies :)))))

Posted by Unknown at 10:43 PM 0 comments
Do you love babies as much as I do? Enjoy these videos!


I'm very sure that our father had the same reaction when we were babies. Sweet and lovely :)



Look at this cute baby. She loves the lemon. Her expression is funny! Haha.


Oh, how he laughed histerically at the ripped paper.


Twins mimic their daddy's sneeze. They are adorable:)

24/7 Allah's Servant.

Posted by Unknown at 7:17 AM 0 comments
Saya tak perlukan pakaian mahal mengikut trend terkini, cukuplah sekadar yang menutup aurat.
Saya tak harapkan hidangan yang memenuhi meja, cukuplah sedikit makanan bagi meneruskan kahidupan.
Saya tak impikan sebuah singgahsana, cukuplah sekadar tempat perlindungan untuk beribadah kepada Allah.
Saya tak inginkan wajah jelita lagi menawan, cukuplah sekadar rupa yang mampu menyejukkan mata memandang.

Saya takut kemewahan wang ringgit akan membeli masa yang saya luangkan bersama Tuhan, kekasih abadi.
Saya takut keselesaan hidup akan menghapuskan rasa takut kepada kematian dan azab Allah.
Saya takut pangkat dan darjat akan mengulit saya agar terus mengejar dunia dan lupa pada akhirat.
Saya takut nyawa ini disia-siakan begitu sahaja setelah Allah memberikan segala macam nikmat.

Saya tak layak memohon apa-apa dari Allah kerana saya hina, saya kotor. Hati saya hitam dengan dosa, jiwa saya bergelumang maksiat. Saya malu untuk menadah tangan kerana tangan yang memohon ini tangan maksiat. Saya bertaubat pada malam hari dan mengulangi dosa pada siang hari. MasyaAllah, lemahnya saya, jijiknya saya. Adakah anda berasa yang sama?

 Tetapi rakan-rakan, ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah itu sentiasa dekat dengan hambanya. Saya yakin. Anda juga yakin. Jadi, berdoalah kepada Allah selagi pintu taubat masih terbuka.Berilah peringatan kepada orang yang beramal soleh agar tidak riya' dan berilah harapan kepada orang yang berdosa bahawa pintu taubat masih terbuka.

Kerana, hidup saya bukan untuk dunia. InsyaAllah, saya mencari bekalan di akhirat. Begitu juga anda. Namun, sebagai manusia, fitrah kita pelupa. Rakan-rakan, sama-samalah kita mengingatkan satu sama lain tentang tujuan sebenar kita dihidupkan di muka bumi.

Semoga kita dapat bermuhasabah diri. Emm, dah ngantuk-.- Tidur dulu ya, Assalamualaikum :)

Di Hatiku:)

Posted by Unknown at 6:49 AM 0 comments
" Setiap yang berlaku merupakan ketentuan dari Allah"

Begitulah aku telah ditakdirkan untuk menjejak kaki ke bumi TGB bagi meneguk ilmu Allah. Di sana, aku dilimpahkan dengan pelbagai ilmu dunia dan akhirat. Aku akui, aku bukanlah alim ulama yang sungguh dalam kecintaan dan keimanannya terhadap Tuhan, aku juga bukan seorang abid yang beribadah siang dan malam. Aku bukan penuntut Universiti Al-Azhar, apatah lagi seorang hafizah yang menghafaz 30 juzuk kalam Allah. Aku adalah aku, seorang hamba yang sememangnya dahagakan rahmat dari Tuhan. Aku berjaya mendekatkan diri dengan pencipta dan merasai betapa manisnya sebuah persaudaraan bertunjangkan ukhwah fillah setelah dua tahun berada di TGB. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat membantu perjuanganku menjelajah ilmu Allah yang Maha Luas. Kepada para sahabat yang mungkin terbaca post saya ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi mewarnai dua tahun kehidupan saya di MRSM TGB. Semoga anda berjaya dunia dan akhirat:)

Tengoklah, kami berjubah:) Haha, wanita perlu sentiasa menjaga auratnya ketika berpakaian agar mencapai darjat wanita solehah. So, we're trying!
Ini roommate saya. Ada Zati, Syikin dan Laila. Kami pakai baju blok G dan bergambar di atas kerpet shaggy kesayangan kami.
Orang tua2 kata, kalau tak suka pergi majlis kahwin orang..nanti majlis kita tak ada orang datang. Itu, saya dan Dibah otw ke wedding Ms Miza di KL.
Comel kan? *perasan. Inilah classmate perempuan saya masa kami bercuti di Hotel D'Village. Seronokkk sangat!






Ada tiga orang penerima anugerah cemerlang SPM di sini. Kakak2 senior sangat cool dan sporting. Kecuali yang spaling kanan kat sebelah saya tu gedik sikit. Haha:p Yelah, berkawan biar beribu kan.. :)
Lima.Satu.Tujuh :* Classmate yang sangat dicintai bersama cikgu BM, Pn Siti Hajar.


Setelah berjam2 menunggu Zati dan Syikin ber'makeup', akhirnya dapat jugak snap the only gambar graduasi yang saya ada bersama roommate.



Merekalah antara sahabat-sahabat saya yang Allah kurniakan. Terima kasih Allah.Terima kasih semua. 

Salam sayang,
NurDiana
 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea