Ada orang terasa dirinya mulia berbanding orang lain, hartanya menggunung dan amalannya semua diterima Tuhan. Dia memandang serong terhadap orang lain, melihat ibadah orang lain tidak sempurna dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang di hadapan orang ramai dengan begitu angkuh. Wahai cik adik, jangan ambil alih kuasa Tuhan untuk menilai amal ibadah seseorang. Baik ke buruk ke dia, toksah la diperkatakan kerana diri kita sendiri belum tentu mendapat keredhaan dunia akhirat.
Hey, hey,
hey. Ingat, anda bukan siapa siapa, saya bukan siapa siapa, kita semua bukan siapa siapa. Kerana yang paling berhak mendapat pujian hanyalah
Allah Yang Maha Esa. Apa pun pangkat dunia yang anda dapat, jangan terlalu berpuas hati. Riya' dan takbur itu salah satu dari kufur nikmat. Jangan sampai anda tergolong dalam kumpulan yang itu. Takut sia-sia Qiamullail, solat sunat dan puasa sunat serta ibadah yang anda lakukan.
Allah itu Maha Pengasih. Jadi, kenapa anda sebagai manusia yang mengaku menjadi hamba Allah, yang beriman dengan Allah dan memilih agama Islam tidak mencontohi sifat Allah yang itu. Walau tak setanding dengan luasnya kasih sayang Allah, tak salah jika kita mencuba yang terbaik. Jangan jadi pencetus kepada perbalahan dan pergaduhan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Post ini ditulis khas sebagai ingatan kepada budak tak sedar diri yang bernama
NUR DIANA BT MOHAMED NOOR :I
0 comments:
Post a Comment