Tuesday, December 11, 2012

Di Hatiku:)

Posted by Unknown at 6:49 AM
" Setiap yang berlaku merupakan ketentuan dari Allah"

Begitulah aku telah ditakdirkan untuk menjejak kaki ke bumi TGB bagi meneguk ilmu Allah. Di sana, aku dilimpahkan dengan pelbagai ilmu dunia dan akhirat. Aku akui, aku bukanlah alim ulama yang sungguh dalam kecintaan dan keimanannya terhadap Tuhan, aku juga bukan seorang abid yang beribadah siang dan malam. Aku bukan penuntut Universiti Al-Azhar, apatah lagi seorang hafizah yang menghafaz 30 juzuk kalam Allah. Aku adalah aku, seorang hamba yang sememangnya dahagakan rahmat dari Tuhan. Aku berjaya mendekatkan diri dengan pencipta dan merasai betapa manisnya sebuah persaudaraan bertunjangkan ukhwah fillah setelah dua tahun berada di TGB. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat membantu perjuanganku menjelajah ilmu Allah yang Maha Luas. Kepada para sahabat yang mungkin terbaca post saya ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi mewarnai dua tahun kehidupan saya di MRSM TGB. Semoga anda berjaya dunia dan akhirat:)

Tengoklah, kami berjubah:) Haha, wanita perlu sentiasa menjaga auratnya ketika berpakaian agar mencapai darjat wanita solehah. So, we're trying!
Ini roommate saya. Ada Zati, Syikin dan Laila. Kami pakai baju blok G dan bergambar di atas kerpet shaggy kesayangan kami.
Orang tua2 kata, kalau tak suka pergi majlis kahwin orang..nanti majlis kita tak ada orang datang. Itu, saya dan Dibah otw ke wedding Ms Miza di KL.
Comel kan? *perasan. Inilah classmate perempuan saya masa kami bercuti di Hotel D'Village. Seronokkk sangat!






Ada tiga orang penerima anugerah cemerlang SPM di sini. Kakak2 senior sangat cool dan sporting. Kecuali yang spaling kanan kat sebelah saya tu gedik sikit. Haha:p Yelah, berkawan biar beribu kan.. :)
Lima.Satu.Tujuh :* Classmate yang sangat dicintai bersama cikgu BM, Pn Siti Hajar.


Setelah berjam2 menunggu Zati dan Syikin ber'makeup', akhirnya dapat jugak snap the only gambar graduasi yang saya ada bersama roommate.



Merekalah antara sahabat-sahabat saya yang Allah kurniakan. Terima kasih Allah.Terima kasih semua. 

Salam sayang,
NurDiana

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea