Monday, December 17, 2012

Posted by Unknown at 10:12 PM

AWAS! KEMATIAN DI HADAPAN.

Pernah tak anda berfikir tentang kematian? Kalau pernah, Alhamdulillah. Kerana hidup kita adalah untuk mati. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah persoalan 'Siapa pergi dulu?' kerana mati tidak mengira umur. Bukan orang tua sahaja perlu bertaubat dan bersedia untuk bertemu Allah, bahkan sekarang lebih ramai anak muda yang dijemput dahulu berbanding ibu ayah mereka. Jadi, bersedialah menghadapi kematian. Kullu nafsi za'iqatul maut.

Dahulu, saya pernah terfikir, seandainya saya pergi buat selama-lamanya, biarlah saya pergi dahulu sebelum IBU, AYAH dan DIA. Tiga insan ini merupakan insan yang sangat penting dalam hidup saya. Saya ingin membalas jasa mereka. Setidak-tidaknya menghiadiahkan sebuah kejyaan buat mereka. Saya takut saya tak kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa mereka. Saya tak mampu melihat mata mereka terpejam untuk bersemadi dengan aman buat selama-lamanya. Saya taknak.

Tapi rakan-rakan, siapalah kita untuk menentukan ajal maut seseorang. Semua itu qada dan qadar yang telah tertulis sejak azali. Apapun yang terjadi, kita perlu redha kerana dunia ini hanyalah pinjaman Allah. Manusia tidak akan kekal sepertimana Allah yang bersifat Baqa'. Kita sama sekali tidak boleh bersifat kufur dan menyalahkan taqdir kerana yang perancangan kita ditentukan oleh Allah. Jangan berasa lemah dengan kepergian seseorang kerana Allah sentiasa ada bersama hamba-Nya. Ingatlah,
fainni qarib! ( sesungguhnya aku dekat)

Konklusinya, sediakan amalan secukupnya selagi hayat dikandung badan. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Beristighfar lah. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak Adam itu maka terpuluslah amalannya kecuali tiga perkara :
  • Sedekah jariah
  • Ilmu yang dimanfaatkan
  • Doa anak yang soleh



Teman pengganti , Black & Malique : 















0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea