Sunday, December 30, 2012

Si Cantik Manis !

Posted by Unknown at 10:45 PM
Ada seorang perempuan itu, dia sangaaat cantik. Semua orang cemburu melihat kecantikan dia, lelaki semua tergila-gila kan dia. Identiti dia tak perlu saya dedahkan kerana saya tidak bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Saya cuma nak berkongsi tentang  keindahan makhluk ciptaan Allah yang seorang ini. Bagi saya, dia sudah mempunyai semua yang perempuan inginkan dalam hidup. Dia cantik, pandai dan kaya. Apa lagi yang dia perlukan dalam hidup? Semua orang yang kenal dia merasa hidupnya lengkap. Jangan cepat menilai orang dan merasa diri kita serba kekurangan. Tidak ada manusia yang sempurna, tapi manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Berbalik tentang wanita tadi, Si cantik manis itu, tutur katanya keras dan riak wajahnya tegang. Dia tidak mampu menyenangkan hati keluarganya kerana sikapnya yang baran dan menyusahkan. Pandangannya menjeling orang sekeliling seolah-olah ada sedikit kesombongan.Tapi tak baik berburuk sangka kan, mungkin dia penat. Ya, penat.. 'lah sangat'. Jadi, kita sekarang perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak apa kalau kita tak secantik perempuan itu, tak memiliki kekayaan dan kepandaian sekali gus, asalkan hati kita baik. Kita boleh buat orang tersenyum dengan kehadiran kita dan membahagiakan hati ibu bapa kita.Sesungguhnya Allah tak pandang rupa, Allah pandang hati dan amalan kita. Bayangkan semua perempuan dijadikan cantik seperti wanita itu, atau mungkin seperti artis-artis selebriti yang glamor, maka tak adalah saya dan tak adalah awak, kan?

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea