Hari tu, saya keluar dengan kawan kawan perempuan TGB. Alhamdulillah, hati saya rasa tersentuh sangat bila saya menyedari yang kami semua masih mengekalkan gaya hidup Islam. Terbkti la bahawa kami tidak menjalankan hukum Allah sekadar mengikut peraturan maktab, tapi kami menjalankan sebagai kewajipan kami. Inilah kawan kawan terbaik dari kelas yang terbaik saya pernah jumpa. Bukan untuk riya' tapi saya ingin menggambarkan kesyukura kepada Allah kerana Dia begitu Baik dan Pemurah. Alhamdulillah. Saya dulu selalu merungut bila di suruh pakai stokin. Secara zahirnya, saya fikir kalau sudah berbaju tangan panjang dan bertudung, dah tertutup la aurat saya. Tapi sekarang, saya sedar, aurat seorang wanita itu adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kawan kawan saya pun berstokin masa keluar hari tu. InsyaAllah, aurat kami terjaga. Kemudian, kami solat dhuha, solat hajat, bahkan kami solat berjemaah di rumah Syasya. MasyaAllah, indahnya persahabatan bertunjangkan Islam. Inilah yang dikatakan ukhwah fillah. Jadi, sekarang, kawan kawan tak payah risau untuk menjengah ke dunia luar yang dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia. Selagi kita semua bergantung kepada Allah, Allah akan sentiasa membantu kita. Jadikan AlQuran sebagai pedoman, bukan budaya hedonisme yang semakin meracuni fikiran remaja sekarang. Kawan kawan tahu tak, Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, mengakui bahawa dia akam membaca Quran terjemahan setiap hari kerana Quran dapat menenangkan hati beliau. Malu kan kalau orang Islam sendiri mengabaikan kalam Allah. Minta maaf kerana mungkin post ini terlalu islamic, tapi anggaplah ini sebagai santapan rohani terakhir sebelum ketiadaan saya 3 bulan nanti. Selamat beramal;)
0 comments:
Post a Comment