Guyssss! Happy new year :) Tapi, tahun baru bagi umat Islam 1 muharam kan? Jangan lupa tu. Emm, malam ni for sure saya dan semua penghuni bandar Kuala Lumpur tak boleh tidur. Bukan bunga api je berdentum dentam, suara orang memekak melalak pun banyak jugak. Oh, gonna miss the beautiful sleep :I Petang ni, jalan mesti sesak punya. Semua orang berderu-deru menuju ke Dataran Merdeke dan Putrajaya nak sambut tahun baru, nak tengok konsert, nak countdown sama-sama, nak berhibur lelaki dan perempuan. Haha, tak salah sambut tahun baru, tapi tak usahlah sampai begitu. Tahun cuma nombor.. 2012, 2013, 2014. Ya, nombor. Apa yang penting adalah pengisian dan perubahan terhadap diri kita dalam tahun itu.Tetapkan azam untuk tahun itu, dan cuba capai apa yang dihajatkan. Haa, nak tahu tak azam tahun baru saya? Emm, rahsia lah :P Hari tu, masa kat maktab, kitaorang sambut tahun baru Islam dengan bacaan Yasin dan doa tahun baru. Menitis air mata kami mengenangkan semua dosa yang dilakukan sepanjang tahun namun kami bersyukur kerana Allah masih memberi kami nikmat tahun baru bagi menebus dosa silam. Alhamdulillah, terima kasih Allah. semoga tahun baru ini menjadi titik perubahan daripada yang buruk kepada yang baik buat diri kita semua. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment