Wednesday, May 15, 2013

Innalillah

Posted by Unknown at 6:51 AM
Innalillah.. Ungkapan itu bukan sekadar diucap saat ada kematian sahaja, orang yang sakit, ditimpa musibah dan orang yang dalam kesusahan juga perlu diucapkan ucapan tersebut. Dan hari ini, 15 Mei 2013, keluarga kami telah kehilangan Pak Ayob. Beliau merupakan seorang pelarian kaum Rohingya yang berhijrah ke Kelantan sejak berumur 12 tahun. Ayah saya upah dia untuk jaga rumah arwah nenek di Kelantan sebab rumah tu kosong dan pernah dimasuki pencuri. Jadi, Pak Ayob tinggal kat rumah tu sorang2. Arwah tak ada anak, tak ada isteri, hidupnya sebatang kara. Cuma dia ada seorang ayah angkat. Gaji yang ayah saya beri tiap2 bulan dia beri pada ayah angkatnya. Alhamdulillah. Arwah sangat mengenang jasa. Ayah angkat arwah bagi dia seekor lembu. Tiap2 petang arwah bagi makan lembu dia. Sampai satu petang, arwah tak datang tengok lembu dia. Bila dah 3 hari lembu tu tak dijenguk oleh arwah, orang kampung mula perasan yang Pak Ayob dah lama tak kelihatan. Selalunya, arwah mesti ke masjid solat berjemaah. Jiran telefon ayah saya di Kl. Ayah suruh orang kampung pergi tengok dalam rumah nenek yang Pak Ayob jaga. Pintu tu berkunci. Ayah suruh mereka pecahkan pintu sebab yang ada kunci hanya ayah dan Pak Ayob. Masha Allah. Rupa2 nya, Pak Ayob dah 3 hari diserang stroke. Dia jatuh dan terkulai sampai 3 hari 3 malam. Ayah saya sedih. Ayah dah terlambat untuk selamatkan Pak Ayob. Saluran darah dalam kepalanya pecah. Lepas seminggu dalam ICU di USM, Pak Ayob dijemput ilahi. Innalillah. Ayah tak sempat jumpa Pak Ayob. Saya nampak air mata ayah bergenang. Pak Ayob selalu cakap ngan kami, kalau mati, dia taknak sakit lama, biarlah terus mati. Alhamdulillah. Allah Maha mendengar. Allah kabulkan permintaan arwah. Semoga arwah Pak Ayob dicucuri rahmat. In shaa Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea