Friday, November 18, 2011

Congratulations. You're the chosen one !

Posted by Unknown at 5:20 AM
The most adorable guy (",)
Sorry, tak boleh letak gambar Kimin. Takut dia marah. Dia sweet macam kek ni.

Ini nama dia Amirul Hakimin. Haa, siapa yang membaca post ni jangan nak buat gosip liar eh. *perempuan especially. Dia sangatsangatsangat baik. Tak ada yang kurang dari mata aku. Allaa, sikit2 tu ada laa, manusia mama perfect. But, seriously he got everything. Dia baik, pandai, tough lagi. Hari tu teacher suruh kelas kami buat essay, tajuk dia 'If you were given a chance to be somebody, who would it be?' Cuba teka dia tulis siapa. Hmm, Saidina Abu Bakar r.a. Budak2 kelas aku yang lain semua nak jadi somekind of star, powerpuff girl pun ada. Aku lagi bagus, tak buat terus. Hahaha, maklumlah sibuk kejar nasi ayam ds. Dia pemain ragbi maktab*tough kot. Dia pandai Math. Dalam kelas, dia macam pemalu sikit ngan perempuan. Biasalah, malu kan perisai orang beriman. Hari tu, classmate kitaorang makan kat Crystal Bay. Bulan Ramadhan lagi, kami pun singgah lah kat Masjid Terapung sebab nak solat terawih. Perempuan solat kat atas jadi nampak lah lelaki kat tingkat bawah*tak usha eh, memang nampak. Tapi time tu aku nampak dia sorang je yang ganti kain pelekat. Yang lain semua still berbaju outing. Memang bagus a dia. To sum it up, dia memang adorable guy. Sorry Kimin cerita pasal kau dalam post ni. Ini compliment tau, no biggie (:

 Kamu kawan tangan dan mata <3

Geng makzurah. LOL
Inspection blok G.
Anugerah pelik sikit eh, tangan dengan mata? Tak pelik lah. Kawan tangan dengan mata ni maksudnya kita sangat rapar and aku Sayang korang gila2. Aku ulang, aku SAYANG korang gila2. Kita macam tangan dengan mata lah. Bila tangan terluka, mata menangis. Bila mata menangis, tangan lap air mata. Hmm, sweet kan persahabatan kita. Aku memang tak akan lupa lah semua memori kita selama kita menghuni blog G. Kita an Gagah, setakat pagar besi tu kita runtuhkan, wire speaker pun kita potong. Tapi, Gagah-gagah kita pun semua menjerit an nampak kucing ibu dan koleksi anak-anak dia. Smart oh. Paling best bila kita semua dalam dilema sebab kucing ibu tu asyik beranak pastu buat sukan olimpik atas locker kita pagi-pagi buta. Hari Ahad, hari paling best sebab blok apa lagi nak diumumkan sebagai blok terbersih kalau bukan blok kita. Bila duduk asrama cani, baru kita faham an mana kawan yang betul-betul baik.

Gurindam 12 fasal keenam : Cahari olehmu akan sahabat,
                                                                                  Yang boleh dijadikan ubat.

Bergosip malam-malam buta, bertikam lidah benda-benda kecik, stay up sampai pagi malam exam, gelabah nak pergi tanda kedatangan subuh.. Itulah ubat terbaik. Korang memang TERBAIK !!!!

Engkau Sentiasa Terhebat = Empat Satu Tujuh

Angah + Pres Badar
Electrolysis, Chemistry!
Masjid Terapung.
Kelas kami mungkin yang ke second last, but kami still ranking pertama. We have a motivational plus freak person, Dion, sleepy Mamba, ada Mak Umi, Pres Badar, Vice LDP, Ketua Blok, Angah aku dan semuanya lah. Nak listkan sorang2 tak cukup space pulak. Jangan terasa siapa yang tak disebut k. Macam2 ragam a dalam kelas ni, tapi yang paling obvious kelas ni sangat menarik. Boys dalam kelas ni sangatsangat lah jiwang karatnya except for Mamba kot. Kelas kami tak pernah tak dapat first ranking for English, maybe sebab Ms Miza lawa. Haha.. faktor utama. Cikgu lain pun lawa2 + handsome jugak*Ustaz Tariq. Budak lelaki yang berlapan ni suka tidur bertindih2 atas tikar buluh kat belakang kelas. Scary kan? haha, sorry bawak tikar kecik. Hmm, budak perempuan nak cerita tak banyak ragam sangat a, Syasya suka berangan. Athina kuat tidur, macam Garfield dah dia. Misha .... err.. ganas?aset? no comment la. Huh, paling menarik Faizah la. Dia garang kott, tapi sangat baik. Best kenal orang cam kau, Faizah. Yang paling bestnya, kelas ni unite tapi perasan tak kelas kita sentiasa ada batasan between boys ngan girls. Mungkin sebab ada Anas. We have another one year to live this happy life sebelum kita semua keluar dengan haluan masing2. Sedihnya..sobsob.
Mana dah nak jumpa classmate macam korang. Funny, sporting, smart semuanya lah. Thanks tau singgah dalam kamus hidup aku. Nama Empat.Satu.Tujuh ni memang sumpah akan sentiasa tercatat dalam diari hati aku. Weh, pahal aku dah ayat berbunga2 ni? Pengaruh Syahmi lah ni. Haih.. Walau apa pun yang terjadi, tak ada yang buruk tak ada yang teruk dalam kelas ni. Semuanya memang cool.

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea