Friday, November 18, 2011

again.. and again..

Posted by Unknown at 8:57 AM
Nak cerita pasal Hasni lah pulak dalam post ni. Meh sini siapa nak join aku ngumpat Hasni.. Hasni, sorry a kau pun selalu ngumpat aku gak. Kita buat timbal balik eh. Dia ni suka tau kantoikan benda2 yang memalukan aku. Haishh, memang nasib aku kot = = mula2 sekali, kat timbunan hand out atas rak aku, ada satu kertas tu aku tulis nama sorang budak ni. Hasni pulak dalam banyak2 kertas, taktahu kenapa dia tarik kertas tu. Aku tak suka budak tu pun, aku cuma saja2 tulis sebab nama dia unik sikit. Tapi salah aku jugak sebab tiba2 aku gatal tangan lukis bentuk love kat situ. Dah si Hasni ni fikir bukan2. Second thing, dia baca nota biru aku.. TIDAK!!! Nota tu dah la merepek2, aku tulis time aku ngantuk dalam kelas. Untuk pengetahuan korang, memang aku selalu buat kerja lain time cikgu mengajar. Hehe.. Kat nota tu aku tulis nama anak aku lagi*gatal. Waaa,segan gila Hasni baca. Bukan setakat nama anak, macam2 dah aku tulis atas kertas tu. Ke'kantoi'an melampau. Last but not least, benda paling penting. Malam 16 November hari tu, aku seperti biasa la prep malam di kelas. Esoknya tu exam bio. Aku pun bacalah bio dengan tekun + mengantuknya. Nak dijadikan cerita, aku baca sambil baring atas tikar buluh keta belakang ngan faizah. Baca punya baca bab form5 tajuk transport yang memeningkan tu, aku tertidur. Aku tak sedar pun aku tidur. Tiba-tiba pukul 10 lebih, Hasni ngan Rizal datang kelas. Kebetulan kot, sebab selalunya budak laki tak balik kelas dah. Faizah sempat bangun sebab dia baring je. Aku ni memang jelaslah kantoi sebab budak perempuan tak perasan aku tidur. Aku bangun2 je, Hasni ngan Rizal dah sengih2 masuk kelas. Hasni cakap " Oh, gonjeng.."
Aku macam mamai lagi time tu so tak ada perasaan sangat. Balik prep malam tu, baru aku rasa malu gila sebab aku dapat text "Jangan tidur dalam kelas lagi tau" .. Segan tahap maksimum ah time tu. Again.. and again.. asyik kantoi ngan dia je. Kantoi ngan Hasni means kantoi ngan satu kelas. Biasalah*lelaki. hehe, perempuan pun sama.
MORAL VALUE : BEWARE OF HASNI and jangan tidur merata2 lagi!

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea