Pernah jatuh cinta tak ? Pernah patah hati tak ? Bila kita semakin dewasa dan matang, kenangan silam kita sebenarnya banyak memberi pengajaran agar kita sedar dan tidak melakukan kesilapan yang sama.Kadang kadang saya tersenyum sendiri bila teringat kebodohan dulu. Haha, cerita zaman sekolah. Pertama kali saya suka orang, pertama kali saya patah hati, peritnya hilang seorang kawan, sakitnya ditentang kawanbaik. Eeee, malunyaaaa. Haha, betapa tak matangnya fikran saya masa tu. Eh, jangan cerita kat orang tau. Ni rahsia kte je tau, cuma kita berdua:) Tapi sejarah tu biarla saya smpan kemas kemas dalam diari hidup saya. Hanya orang yang tahu akan tahu. Saya taknak jaja cerita cerita macam ni. Saya bukan nak cari publisiti murahan. Cuma tiba tiba teringat kisah lama, satu babak dalam hidup saya yang membuka mata saya bahawa tiada cinta yang lebih besar selain cinta Allah. Anda pun mungkin pernah melalui hal yang sama kan? Takpe, orang yang beriman tu bukan oarng yang takpernah buat dosa, tapi orang yang beriman tu adalah orang yang segera bertaubat setiap kali melakukan dosa. Okay, belajar rajin rajin eh. Jangan nakal nakal. Semoga kita semua bertemu jodoh yang baik ;)
p/s : sorry banyak typing error, benda alah ipad ni dah gila, hehe, ataupun saya yang gila sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment