Tuesday, January 1, 2013

In The Future

Posted by Unknown at 9:54 PM
Ramai orang tanya, nanti besar saya nak jadi apa. Haha, soalan yang sangat simple yang mampu dijawab oleh semu orang termasuk budak 2 tahun. Tapi, I have no answer for that. Pelik kan ? padahal dulu masa kecik kecik dalam cita cita selalu tulis sayanak jadi doktor. Tapi sekarang, saya taknaaaaak jadi doktor bila menyedari kehidupan seorang doktor sangatlah sibuk dan memenatkan. Tapi, tapi, tapi.. Itulah impian ibu bapa saya, yes, they want me to be a doctor. Hmm, tersepit antara kehendak dan cita cita. But, of course I choose to fulfill my parents' dream. Apalah sangat penat belajar bertungkus lumus nak jadi doktor nak dibandingkan dengan penat lelah ibu ayah membesarkan saya. Jadi, sementara mereka masih ada, saya akan cuba bahagiakan mereka. Ya, saya akan jadi doktor. Dr Diana :) InsyaAllah. Emm, saya akan sambung medic di luar negara. Lepas 5 tahun, balik ke Malaysia untuk jadi doktor pelatih selama 2 tahun. Alang alang dah jadi doktor, saya berhajat untuk menyumbang kepada Islam dengan menjadi sukarelawan MERCY. Saya nak rawat mangsa perang di negara yang bergolak. Kalau diizinkan Allah, saya ingin syahid di jalan-Nya. Kalau panjang umur, bila dah masuk 30 tahun, saya nak sambung PhD dan menjadi lecturer di Fakulti Perubatan. Nak lahirkan seberapa banyak doktor muslimah yang boleh. Lagipun, saya taknak menjadi doktor terlalu lama kerana saya takut masa untuk keluarga saya sangat terhad. Emm, itulah peracangan masa depan saya. Apa apa pun, semoga Allah berikan yang terbaik. Kita merancang, Allah pun merancang, tapi Allah adalah sebaik baik perancang. Doakan kejayaan saya, ya. Amiiin.

0 comments:

Post a Comment

 

I Belong To Allah Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea